128 KB – 58 Pages

PAGE – 2 ============
Dana Infra Nasional Berhad RISALAH PANDUAN & MAKLUMAT SUKUK RUNCIT RISALAH PANDUAN & MAKLUMAT Sukuk RuncitPARA PELABUR ADALAH DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA DAN MEMAHAMI ISI KANDUNGAN RISALAH PANDUAN & MAKLUMAT. SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KERAGUAN, SILA DAPATKAN NASIHAT DARIPADA PENASIHAT PELABURAN ATAU PENASIHAT KEWANGAN ANDA. 8 JANUARI 2013

PAGE – 3 ============
11 Notis Penting Dokumen ini disediakan untuk memberi maklumat kepada para pelabur mengenai sukuk runcit yang akan diterbitkan oleh DanaInfra Nasional Berhad (fiSukuk Runcit DanaInfrafl). Maklumat di dalam dokumen ini tidak membentuk sebarang tawaran, cadangan atau jemputan langganan untuk membeli atau menjual Sukuk Runcit DanaInfra yang dinyatakan dalam dokumen ini. Dokumen ini tidak mengandung i maklumat lengkap atau sebarang bentuk nasihat mengenai Sukuk Runcit DanaInfra, dan tidak boleh dianggap sebagai gantian bagi nasihat pelaburan profesional. Oleh yang demikian, anda disyorkan agar mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional berhubung dengan pelaburan dan risiko -risiko y ang berkaitan dengan pelaburan dalam Sukuk Runcit DanaInfra. Sila ambil perhatian bahawa maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini dianggap lengkap setakat pengetahuan terbaik kami pada tarikh penerbitan yang dinyatakan di muka depan Risalah & Panduan Maklumat ini. Sukuk Runcit DanaInfra adalah produk pelaburan ba haru yang ditawarkan kepada orang awam di Malaysia. Orang awam tidak harus bergantung kepada maklumat yang terkandung dalam dokumen ini dan dinasihatkan untuk melakukan penyelidikan dan penil aian sewajarnya sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pernyataan fakta dalam dokumen ini adalah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Harga Sukuk Runcit DanaInfra mungkin naik atau turun. Terdapat yu ran dan caj yang dikenakan dan para pelabur adalah dinasihatkan untuk mempertimbangkan kos yuran dan caj ini sebelum melabur di dalam Sukuk Runcit DanaInfra. PARA PELABUR HARUS BERGANTUNG PADA PENILAIAN MEREKA SENDIRI UNTUK MENILAI MERIT DAN RISIKO PELABURAN. DALAM MEMPERTIMBANGKAN PELABURAN, PELABUR YANG RAGU -RAGU BERHUBUNG DENGAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL HARUS MENDAPATKAN NASIHAT DARIPADA PENASIHAT PROFESIONAL MEREKA DENGAN SERTA MERTA . Risalah Panduan & Maklumat ini adalah terjem ahan dari versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Risalah Panduan & Maklumat versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.

PAGE – 4 ============
22 Penyataan Tujuan Para Pelabur yang Dihormati, DanaInfra Nasional Berhad telah diberi penghormatan sebagai Penerbit Sukuk ulung untuk menerbitkan Sukuk Runcit pertama yang akan disenaraikan dan di dagangkan di Bursa Malaysia Berhad (fiBursa Malaysiafl) selaras dengan kerangka Bon dan Sukuk Runcit yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti baru -baru ini. Produk in i dikenali sebagai Sukuk Runcit DanaInfra. Sejajar dengan langkah ini, kami telah menerbitkan Risalah Panduan & Maklumat Sukuk Runcit DanaInfra sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan untuk orang awam mengenai pelaburan dalam instrumen baru ini. Risalah Panduan & Maklumat ini mengandungi maklumat berkenaan DanaInfra Nasional Berhad serta pelaburan dalam Sukuk Runcit DanaInfra. Antara topik yang terdapat di dalam dokumen ini adalah ciri -ciri utama Sukuk Runcit DanaInfra, memahami hak -hak dan tanggungjawab para pemegang Sukuk Runcit DanaInfra dan pihak yang terlibat , maklumat asas mengenai faktor -faktor risiko utama yang berkaitan dengan pelaburan di dalam Sukuk Runcit DanaInfra, serta maklumat lain yang berkenaan. Kami berharap Risalah Panduan & Maklumat ini dapat memberikan sedikit -sebanyak maklumat dan penjelasan mengenai produk pelaburan ter baru ini , agar para pelabur dapat membuat penilaian dan keputusan pelaburan dengan bijaksana . DanaInfra Nasional Berhad

PAGE – 8 ============
66 Terma -terma Penerangan Jumlah Bayaran Kupon / Keuntungan Jumlah bayaran kupon / keuntungan yang perlu dibayar pada tarikh bayaran Kekerapan Bayaran Kupon / Keuntungan Kekerapan bayaran kupon / keuntungan yang dibuat oleh Penerbit kepada para pemegang ETBS Sukuk DanaInfra Program Nota Jangka Sederhana Islam sehingga RM8 bilion yang diterbitkan oleh DanaInfra Nasional Berhad Sukuk R uncit DanaInfra ETBS dengan jumlah nominal s ehingga RM300 juta yang ditawarkan kepada para pelabur runcit , dan disenaraikan dan didagangkan di Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada Sukuk DanaInfra Para pemegang ETBS Para pelabur yang melanggan ETBS Nilai Muka Jumlah Pokok pada Tarikh Terbitan Ejen Kemudahan Pihak yang mewakili para pemegang Sukuk Runcit DanaInfra dari segi hak -hak dan tanggungjawab Penerbit Melaksanakan fungsi agensi berhubung dengan Sukuk Runcit DanaInfra Penjamin Pihak ketiga yang menjamin obligasi bayaran Penerbit Penerbit Syarikat atau entiti yang menerbitkan bon / sukuk kepada para pelabur untuk meraih dana bagi memenuhi objektif pembiayaannya yang mungkin termasuk keperluan kewangan operasi, pengembangan perniagaan atau lain -lain tujuan pembiayaan khusus Tarikh Matang Tarikh matang bila mana Penerbit perlu membayar Nilai Muka kepada para pemegang ETBS Tawaran Tawaran oleh DanaInfra Nasional Berhad untuk menerbitkan Sukuk Runcit DanaInfra berjumlah sehingga RM300 juta Kadar Keuntungan Jumlah kupon / keuntungan tahunan perlu dibayar yang dinyatakan sebagai peratusan Nilai Muka Kadar Hasil Hingga Matang / Kadar Hasil Kadar pulangan tahunan pelaburan ETBS sekiranya dipegang sehingga Tarikh Matang

PAGE – 10 ============
88 Tarikh -tarikh Penting Tarikh -tarikh Penting Tawaran Tarikh pembukaan Tawaran Sukuk Runcit DanaInfra (fiTarikh Pembukaanfl) 8 Januari 2013 Tarikh penutupan Tawaran Sukuk Runcit DanaInfra (fiTarikh Penutupanfl) 18 Januari 2013 Pengundian Tawaran Sukuk Runcit DanaInfra 22 Januari 2013 Tarikh Terbitan 8 Februari 2013 Penyenaraian dan permulaan dagangan 8 Februari 2013 Nota Tarikh -tarikh penting bagi Tawaran adalah indikatif sahaja dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Penerbit boleh mengubah tarikh, termasuk mempercepatkan Tarikh Penutupan atau melanjutkan Tarikh Penutupan atau menarik balik Tawaran pada bila -bila masa sebelum Tarikh Terbitan. Sebarang pertukaran tarikh mungkin akan melibatkan perubahan pada tarikh -tarikh perist iwa susulan yang berikutnya .

128 KB – 58 Pages