waris lelaki menyamai dua bahagian ahli waris perempuan. Dasar ini dilaksanakan dalam kebanyakan kes pusaka, terutamanya dalam kes asabah bi al-ghayr.

106 KB – 32 Pages

PAGE – 1 ============
FARAID: MANIFESTASI KESYUMULAN PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM* Oleh Prof. Madya Mohd Ridzuan Awang Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia PENDAHULUAN Undang-undang Pusaka Islam (faraid) te lah disyariatkan oleh Allah s.w.t secara berhikmat dan berperingkat-peringkat supaya ianya sesuai dengan falsafah perundangan dan tabiat semulajadi manusia yang agak sukar untuk mengubah adat kelaziman mereka masing-masing. Pada peringkat awal, agama Islam mengekalkan sistem pusaka Jahiliah, sistem sementara berdasarkan persaudaraan dan Hijrah. Kemudian sistem itu telah dibatalkan dan diganti dengan sistem pembahagian pusaka secara wasiat kepada dua ibu bapa dan kaum kerabat berdasarkan ayat 180, surah al- Baqarah. Peringkat akhir, semua sistem tersebut telah dimansuhkan danUndang-undang Pusaka Islam yang ada sekarang adalah merupakan ketetapan Allah s. w.t. berdasarkan ayat mawarith , iaitu ayat 11, 12 dan 176, surah Al-Nisa.Undang-undang Pusaka Islam adalah satu sietem pusaka yang lengkap dan menyeluruh ( syumul) dengan memberi jaminan terhadap ahli ahli waris yang berhak, kadar bahagian mereka dan ahli ahli wari s yang tidak berhak terhadap harta pusaka dengan menggunakan kaedah atau doktrin al-Hajb. Allah s.w.t. telah menentukan hukum dan cara pembahagian dalam harta pusaka dikalangan ahli waris-ahli waris, dengan tujuan untuk memberi keadilan kepada semua peringkat ahli ahli waris dan mengelak pergaduhan dikalangan mereka. _______________ *Kertas kerja ini dibentangkan dalam Konvensyen Faraid dan Hibah Kebangsaan 2008, Anjuran Jabatan Kema juan Islam Malaysia (JAKIM), bertempat di Dewan Serbaguna Ma sjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 7 Ogos 2008. Pada akhir ayat 11, 12 dan 176, surah al-Nisa, Allah s.w.t telah berfirman, maksudnya: fiSesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui 1

PAGE – 2 ============
lagi Maha Bijaksanafi , fi (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dai Allah. Dan (ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyabarfi dan fiAllah menerangkan hukum itu kepada kamu supaya tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatufl. SUMBER UNDANG-UNDANG PU SAKA ISLAM DAN HUKUM MEMPELAJARINYA Undang-undang Pusaka Islam (faraid) bersumberkan kepada al- Quran, al-Sunnah, Ijmak sahabat dan ijtihad mereka dalam masalah tertentu. Di dalam al-Quran terdap at dua bentuk ayat yang berkaitan dengan pusaka iaitu ayat mujmal dan ayat mufassal. Ayat-ayat kategori pertama menjelaskan hak-hak ahli waris secara umum tanpa menentukan bahagian mereka secara terperinci . Manakala ayat-ayat kategori kedua iaitu ayat al-mawarith, Allah s.w.t telah menjelaskan secara terperinci ahli-ahli waris dan kadar bahagian atau saham mereka masing-masing. Di antara ayat berbentuk mujmal, Firman Allah s.w.t yang bermaksud: fiOrang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempua n pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu baha gian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)fl (al-Quran, al-Nisa™ 4:7). flDalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang lain menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatufl (al-Quran, al-Anfal 8:75). Dalam ayat al-mawarith, Allah s.w.t telah menerangkan secara terperinci mengenai ahli waris-ahli waris dan bahagian mereka masing- masing dalam pusaka iaitu firman Allah s.w.t yang bermaksud: 2

PAGE – 3 ============
(i) fiAllah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua anak pere mpuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka ba hagian mereka ialah 2/3 dari harta pusaka yang ditinggalkan oleh si ma ti. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya iala h 1/2 (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati) tiap-tiap seorang dari keduanya 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedangka n yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah 1/3. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudar a (adik beradik), maka bahagian ibunya ialah 1/6. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si ma ti, dan sesudah dibayar hutang. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa yang di antaranya lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu, (Pembahagian harta pusaka dan pe nentuan bahagian masing-masing seperti diterangkan ialah) ketetapan dari Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksanafl (al-Quran, al-Nisa™ 4: 11). (ii) fiDan bagi kamu (suami) 1/2 dari harta yang ditinggalkan oleh isteri- isteri kamu jika mereka tidak me mpunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu mendapa t 1/4 dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi kamu (isteri-iste ri) pula 1/4 dari harta yang kamu tinggalkan, jika ka mu tidak mempunyai anak. Tetapi jika kamu mempunyai anak maka bahagi an mereka (isteri-isteri kamu) ialah 1/8 dari harta kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayar hutang kamu. Dan jika si mati yang diahli warisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah 1/6. Kalau pula mereka (saudara -saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada 1/3 (dengan mendapat sama 3

PAGE – 4 ============
banyak lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesu dah dibayar hutangnya; wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada ahli waris-ahli waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Me ngetahui, lagi Maha Penyabar fi (al-Quran, al- Nisa™ 4: 12). (iii) fiMereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad), mengenai masalah kalalah. Katakanlah: ‚‚Allah memberi fatwa kepadamu dalam perkara kalalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak da n ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara pere mpuan itu 1/2 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara-saudara lelaki itu) meahli warisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannnya itu dua orang, maka keduanya mendapat 2/3 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara -saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang le laki menyamai bahagian dua orang perempuanfi. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatufl (al-Quran, al-Nisa™ 4:176). Berdasarkan ketiga-tiga ayat di atas, dapat dirumuskan beberapa hukum berikut. (1) Dasar pembahagian pusaka dalam Islam adalah bahagian ahli waris lelaki menyamai dua bahagian ahli waris perempuan. Dasar ini dilaksanakan dalam kebanyakan kes pusaka, terutamanya dalam kes asabah bi al-ghayr. Pembahagian pusaka dalam kes seumpama ini hendaklah berdasarkan kaedah bahagian ahli waris lelaki menyamai dua bahagian ahli waris perempuan. (2) Ahli waris ashab al-furud dan asabah bi al-ghayr telah ditentukan dengan jelas dan cara pewarisan mereka masing-masing. Di 4

PAGE – 5 ============
antara ahli waris ashab al-furud yang disebut dalam ayat tersebut ialah anak perempuan, ibu, bapa, suami, is teri, saudara lelaki seibu, saudara perempuan seibu, saudara perem puan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa. (3) Pembahagian harta pusaka ke pada ahli-ahli waris hendaklah dibuat selepas ditunaikan hutang-hutang si mati sama ada hutang Allah s.w.t (seperti zakat, kaffarah dan sebagainya), atau hutang sesama manusia dan sesudah diselesaikan wasi at yang dibuat oleh si mati (jika ada) atas kadar 1/3 daripada juml ah keseluruhan harta pusakanya. Selain daripada nas al-Quran, terdapat hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan dan memperincikan maksud Al-Quran tentang ahli- ahli waris dan bahagian mereka masing-masing; antaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : fiBagi seorang anak perempuan 1/2, seorang anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan) 1/6 untuk melengkapkan 2/3 dan baki (asabah) untuk seorang saudara perempuanfi (Hadis riwayat al-Bukhari). fiBerikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak, sesudah itu bakinya adalah untuk ahli waris lelaki yang lebih utamafl (Hadis riwayat Muslim). Di samping nas al-Quran dan al-Sunnah, ijmak para sahabat dan tabi™in juga telah berlaku dalam pembahagian pusaka, iaitu seorang nenek atau dua orang nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa) mereka sama-sama berkongsi dalam 1/ 6 bahagian.Demikian juga para sahabat telah melakukan ijtihad mereka dalam beberapa masalah pusaka , seperti dalam kes al-Umariyyatain , al-Musyarakah, pewarisan datuk ketika bersama saudara (lelaki atau perempuan) seibu sebapa atau sebapa, pewarisan dhawi al-arham , dan sebagainya. 5

PAGE – 6 ============
Berdasarkan nas-nas di atas dapat dirumuskan bahawa hukum mempelajari faraid adalah fardu kifa yah kepada seluruh umat Islam dan ia akan gugur dengan sebahagian umat Islam lain yang telah melakukannya, tetapi hukum sunat me mpelajarinya masih berkekalan. Demikian juga hukum melaksanakan pembahagian pusaka secara faraid adalah wajib. PEMBAHARUAN DALAM UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM Sebelum Islam terutamanya pada zaman Jahiliah, anak-anak perempuan, isteri, ibu-ibu dan ahli waris perempuan yang lain langsung tidak diberikan hak dalam harta pu saka. Demikian juga kanak-kanak yang belum baligh tidak diberikan ha k dalam pembahagian harta pusaka. Perwarisan hanya berlaku kepada golongan lelaki yang boleh mempertahankan kabilah dan keluarga dari serangan musuh. Perwarisan hanya berlaku atas dasar keturunan (untuk lelaki yang dewasa), perjanjian dan anak angkat. Selepas turunnya ayat al-mawarith, Undang-undang Pusaka Islam telah memperkenalkan satu pemb aharuan dalam undang-undang pusaka, di mana golongan wanita telah diikti raf oleh Islam dengan memberikan kepada mereka taraf ahli waris yang sah dan menetapkan kadar tertentu kepada mereka dalam harta pusaka. Daripada 12 golongan ahli waris ashab al-furud, seramai 8 orang adalah te rdiri daripada ahli waris perempuan dan 4 orang sahaja yang te rdiri dari ahli waris lelaki. Di antara pembaharuan yang diperk enalkan dalam Undang-undang Pusaka Islam ialah: (1) Hak pusaka mempusakai adalah berasaskan kepada hubungan nasab (kerabat), akad perkahwinan, wala™ dan Islam. (2) Tidak menafikan hak dalam pusaka antara lelaki dan perempuan, kecil atau besar, di ma na semua mereka berhak menerima harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewaris (si mati). 6

PAGE – 8 ============
4) Al-Ijbar; iaitu satu sistem yang mewajibkan semua ahli-ahli waris menerima harta pusaka secara faraid dan pewaris tidak boleh menegah salah seorang ahli-ahli waris daripada menerima harta pusakanya, malah ahli-ahli waris wajib menerima harta pusaka segera selepas kematian, kecuali dia melepaskan haknya. 5) Perwarisan dikalangan keluarga terdekat; iaitu perwarisan yang berlaku dikalangan kaum kerabat terdekat dengan pewaris seperti suami isteri, dua ibu bapa, anak-anak, saudara-saudara, bapa-bapa saudara dan dhawi al-arham(menurut pendapat Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal) . 6) Penetapan bahagian untuk ahli- ahli waris; iaitu ahli-ahli waris fardu dan asabah akan menerima pusaka. Bahagian ahli-ahli waris ashab al-furud telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Bahagian mereka sama ada 1/2, 1/4, 1/8, 2/3 , 1/3 atau 1/6 sepertimana dijelaskan dalam nas al- Quran. 7) Ahli-ahli waris yang syumul; iaitu ahli-ahli waris yang berhak menerima pusaka adalah merangkumi semua ahli waris atau kerabat, sama ada kecil atau besar, tua atau muda, kaya atau miskin dan janin dalam kandungan ibu mereka juga dibe ri hak dalam pusaka. Demikian juga suami atau isteri berhak menerima harta pusaka sekalipun mereka bukan kerabat, tetapi mereka mempunyai hubungan suci perkahwinan, pengorbanan, tolong menolong dan ke setiaan di antara mereka. 8) Hak wanita dan kanak-kanak dalam pusaka dan kadarnya; iaitu wanita dan kanak-kanak kecil dijamin hak mereka dalam pusaka Islam. Kadar yang sepatutnya diterima oleh wanita adal ah 2/3, 1/3, 1/6, 1/2, 1/4 atau 1/8. Kanak-kanak kecil atau besar kadar penerimaan mereka dalam pusaka adalah sama sahaja. 8

PAGE – 9 ============
9) Keutamaan kepada kaum kerabat yang lebih hampir dengan pewaris jika tidak ada halangan tertentu yang boleh menghalang mereka daripada menerima harta pusaka. 10) Berlebih kurang kadar ( al-tafadul) dalam pembahagian pusaka adalah berasaskan kepa da keperluan ahli-ahli waris (al-hajah), umpamanya wanita dan kanak-kanak kecil lebih memerlukan kepada harta, anak-anak si mati lebih memerlukan kepada harta berbanding dengan bapa dan datuk mereka dan le laki lebih memerlukan kepada harta berbanding dengan wanita kerana lelaki memikul tanggungjawab tertentu dalam agama. 11) Hukum pusaka Islam bersifat tetap ( thabat); iaitu tidak berubah dan tidak boleh bertukar ganti sekalipun masa, lokasi dan individu berubah kerana ia merupaka n ketetapan Allah s.w.t. melalui nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. kecuali dalam kes perwarisan datuk ketika bersama sa udara-saudara dalam menerima pusaka dan wasiat wajibah yang ada ruang untuk berijtihad. ASPEK KESYUMULAN DALAM UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM Undang-Undang Pusaka Islam adalah satu sistem pembahagian pusaka yang syumul sama dengan bidang undang-undang Islam yang lain. Manifestasi kesyumulan undang-undang ini dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti sebab-sebab perwarisan, liabiliti dan hak terhadap harta pusaka, penentuan ahli-ahli waris dan kadar yang sepatut mereka terima, saringan ahli-ahli waris melalui doktrin al-hajb, pembahagian pusaka kepada janin, khuntha dan mafqud , doktrin takharuj dan lain-lain. 1. PERKARA ASAS DAN LIABILITI DALAM PEMBAHAGIAN PUSAKA Pembahagian harta pusaka tidak akan berlaku dalam Islam kecuali terdapat tiga rukun dan sebab-sebab perwarisan, iaitu al- 9

PAGE – 10 ============
muwarrith, al-warith dan al-mauruth. Al-Muwarrith iaitu pewaris itu mati sama ada secara hakiki, hukmi atau taqdiri. Al-Warith ialah ahli waris yang akan menerima harta pus aka dan dia disyaratkan hidup pada masa kematian pewaris, sama ada secara hakiki atau taqdiri. Manakala al-mauruth ialah harta pusaka yang dimiliki oleh pewaris, sama ada harta tak alih atau harta alih dan hak-hak yang berkaitan dengan harta. Undang-Undang Pusaka Islam menetapkan empat sebab perwarisan, keempat-empat sebab iaitu nasab (kerabat), perkahwinan, wala™ dan agama Islam (Baitulmal). Sungguhpun keempat-empat sebab perwarisan telah dipenuhi, tetapi pembahagian pusaka tidak ak an berlaku kecuali syarat-syarat dibawah telah dipenuhi sepenuhnya, iaitu: (i) Pewaris telah meninggal dunia sama ada secara hakiki, hukmi atau taqdiri. (ii) Ahli waris hendaklah wujud atau hidup pada saat kematian pewaris sama ada hidup secara hakiki atau taqdiri. (iii) Mengetahui status dan habuan ah li waris serta tidak ada halangan perwarisan, seperti pembunuhan, perh ambaan dan perbezaan agama. Apabila rukun dan syarat-syarat di atas telah dipenuhi,mengikut Undang-undang Pusaka Islam, hart a pusaka itu tertakluk kepada beberapa liabiliti atau hak yang wajib ditunaikan oleh ahli-ahli waris sebelum ia diagih-agihkan mengikut pembahagian faraid. Lialibiliti atau hak tersebut hendaklah ditunaikan mengikut keutamaan berikut: (i) Menjelaskan perbelanjaan pe ngkebumian dan pengurusan jenazah seperti belanja memandi, mengka fan, membawa jenazah ke kubur, menggali kubur dan mengkebumikannya mengikut kadar pertengahan. 10

PAGE – 11 ============
(ii) Menjelaskan hutang-hutang si mati sama ada hutang Allah seperti zakat, kaffarah, nazar dan haji fardu atau hutang sesama manusia menurut pendapat jumhur. Mazhab Hanafi tidak mewajibkan hutang Allah s.w.t dijelaskan kerana ia telah digugurkan dengan kematian. (iii) Menyelesaikan tuntutan hart a sepencarian oleh salah seorang suami atau isteri yang masih hidup jik a harta itu diperolehi dalam masa perkahwinan dan kedua-dua pihak masing-masing ada sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kadarnya akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah. (iv) Melaksanakan wasiat yang dibuat oleh si mati (jika ada) atas kadar 1/3 daripada harta pusaka selepas dijelaskan perkara-perkara di atas. Wasiat juga tidak boleh dibuat kepada ahli waris yang berhak kepada harta pusaka walaupun kadarnya kurang daripada 1/3, kecuali ahli-ahli waris lain bersetuju dengan wasiat tersebut dan persetujuan itu diperolehi selepas kematian dan bukan pada masa hidup pewasiat. (v) Pembahagian harta pusaka kepa da ahli-ahli waris yang berhak menurut hukum faraid selepas dituna ikan perkara-perkara tersebut di atas. 2. PENENTUAN AHLI-AHLI WARIS DAN KADARNYA Undang-Undang Pusaka Islam te lah menentukan secara jelas dan syumul ahli-ahli waris yang berhak me nerima pusaka serta bahagian mereka masing-masing sepertimana dijelaskan dalam al- Quran.Pembahagian ahli-ahli waris dapat dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu ahli waris ashab al-furud, asabah dan dhawi al-arham. (a) Ahli Waris Ashab al-furud Ashab al-furud ialah ahli-ahli waris yang telah ditetapkan bahagian atau saham mereka dala m pembahagian pusaka menurut al- 11

106 KB – 32 Pages