653 KB – 23 Pages

PAGE – 2 ============
GARIS PANDUAN PENYERTAAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF PERINGKAT KE MENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2018 2 BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENGENALAN 1.1 TUJUAN 1.2 OBJEKTIF 3 – 4 BAB 2 PENYERTAAN 5 – 14 2.1. SYARAT – SYARAT PENYERTAAN 2.2. BIDANG DAN KATEGORI PROJEK KIK 2.3. KRITERIA PROJEK KIK 2.4. PEMBENTUKAN KUMPULAN 2.5. KOMPONEN KIK 2.6. PENOLAKAN PENYERTAAN 2.7. PERMOHONAN PENYERTAAN 2.8. PEMBENTANGAN PROJEK BAB 3 PENILAIAN 15 3.1 KRITERIA PENILAIAN PROJEK BAB 4 PENGIKTIRAFAN 16 4.1 PENGANUGERAHAN DAN HADIAH LAMPIRAN A BORANG PERMOHONAN PENYERTAAN 17 – 23 DAN RINGKASAN PROJEK B FORMAT DAN KRITERIA PENILAIAN ISI KANDUNGAN

PAGE – 3 ============
GARIS PANDUAN PENYERTAAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF PERINGKAT KE MENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2018 3 1.1 TUJUAN Memberi penjelasan berhub ung tatacara penyertaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu p eringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Panduan ini dihasilkan selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU) iaitu Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016 mengenai Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif . Memaklumkan mengenai syarat – syarat penyertaan, kriteria pe nilaian dan skema pemarkahan KIK Horizon Baharu KPKT. Memaklumkan b ahawa penyertaan projek KIK dinilai berdasarkan kepada kriteria dan format KIK Horizon Baharu seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak Institut T adbiran Awam Negara (INTAN). 1.2 OBJEKTIF Menekankan konsep pengurusan secara kemanusiaan yang mengutamakan aspek modal insan dan konsep pengurusan secara penyertaan tanpa mengira kedudukan dalam organisasi diberi peluang untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi; Merupakan satu mekanisme yang melibatkan pekerja dalam proses penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja sedia ada atau memperkenalkan sesuatu yang baru; BAB 1 : PENGENALAN

PAGE – 4 ============
GARIS PANDUAN PENYERTAAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF PERINGKAT KE MENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2018 4 Menerapkan konsep knowledge – based dan creativity – driven bagi membolehkan organisasi men ghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan; Memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian masalah, teknik – teknik penganalisisan serta pe nghasilan idea – idea baharu yang kreatif dan inovatif; Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi sektor awam dalam penyampaian perkhidmatan dan memelihara kesejahteraan rakyat; dan Produk akhir KIK menjurus kepada penghasilan output berkualiti yang dapat dinikmati secara meluas. Dengan itu, outcome , impak dan sumbangan KIK terhadap pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara akan lebih berkesan.

PAGE – 5 ============
GARIS PANDUAN PENYERTAAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF PERINGKAT KE MENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2018 5 2 .1 SYARAT – SYARAT PENYERTAAN 2.1.1 Penyertaan adalah dibuka kepada semua KIK daripada Jabatan/Agensi/Bahagian /Unit di KPKT. 2.1.2 Projek yang menyertai pertandingan hendaklah merupakan projek yang telah selesai dijalankan sebelum tarikh akhir penyerahan dokumentasi projek kepada pihak uru s setia. 2.1.3 Projek yang dihasilkan adalah projek yang belum pernah dipersembahkan di dalam mana – mana peringkat Konvensyen KIK Negeri/Kebangsaan (Sektor Awam) pada tahun – tahun sebelum nya. 2.1.4 Projek yang dihasilkan mestilah merupakan projek yang terbaru dan terkini . 2.2 BIDANG DAN KATEGORI PROJEK KIK 2.2.1 I novasi Sosial Inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan Iebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat secara menyeluruh. Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial semata – mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dal am membangunkan sesuatu inovasi. Ciri – ciri utama inovasi sosial adalah: BAB 2 : PENYERTAAN

PAGE – 6 ============
GARIS PANDUAN PENYERTAAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF PERINGKAT KE MENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2018 6 a) Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk mendapatkan hasil yang terbaik. b) Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu dalam masyarakat. c) Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersama – sama rakyat bagi rnemastikan penyampaian pe rkhidmatan yang menepati keperluan sebenar mereka. Rajah 1: Kategori bagi Bidang Inovasi Sosial dan Contoh Projek Yang Dihasilkan 2.2.2 Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mencapai tahap transfo rmasi penyampaian perkhidmatan K erajaan. INOVASI SOSIAL Inovasi Penciptaan Penciptaan satu pro duk, perkhidmatan atau proses yang baharu dan belum pernah dilaksanakan di Malaysia Inovasi Penambahbaikan Penambahbaikan sesuat u produk, perkhidmatan atau proses sedia ada lebih berinov atif, berkualiti dan berdaya saing Conto h Tajuk KIK: Mobil Musolla (Khidmat surau bergerak kepada masyarakat) Contoh Tajuk KIK: Merekabentuk Kaedah Kitar Semula Kepada Orang Awam

PAGE – 8 ============
GARIS PANDUAN PENYERTAAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF PERINGKAT KE MENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2018 8 Rajah 2 : Kategori bagi Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan dan Contoh Projek Yang Dihasilkan Rajah 3: Bidang Inovasi dalam KIK, Kategori Inovasi dan Tahap Keberhasilan 2.3 KRITERIA PROJEK KIK Lima (5) kriteria yang perlu diambil kira oleh KIK di peringkat awal penghasilan projek bagi memastikan projek yang dipilih berjaya dilaksanakan dan seterusnya berpotensi untuk dikembangkan ditunjukkan pada Rajah 4. INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN Inovasi Penciptaan Penciptaan satu pro duk, perkhidmatan atau proses yang baharu dan belum pernah dilaksanakan di Malaysia Inovasi Penambahbaikan Penamb ahbaikan sesu atu produk, perkhidmatan atau proses sedia ada lebih berinovatif, b erkualiti dan berdaya saing Conto h Tajuk KIK: Transform (sebuah alat pelbagai guna kepada anggota Bomba semasa kerja – kerja operasi) Conto h Tajuk KIK: Customer Service Panel (memudahkan urusan pelanggan di Kaunter) INOVASI SOSIAL INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN Penciptaan Penambahbaikan KESEJAHTERAAN RAKYAT KEBERKESANAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KECEKAPAN AGENSI BIDANG INOVASI DALAM KIK KEBERHASILAN KATEGORI

PAGE – 9 ============
GARIS PANDUAN PENYERTAAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF PERINGKAT KE MENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2018 9 Rajah 4: Kriteria Penghasilan Projek yang Berpotensi untuk dikembangkan 2.4 PEMBENTUKAN KUMPULAN KREATIF DAN INOVATIF Idea baharu yang kreatif diterjemahkan melalui penghasilan projek berinovatif yang memberi manfaat kepada organisasi dan pelanggan . IMPAK POSITIF YANG TINGGI DAN MENYELURUH Organisasi Meningkat kecekapan. dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Pelanggan Menepati standard perkhidmatan dan memenuhi ekspetasi pelanggan. Rakyat Memastikan keperluan sosial rakyat dipenuhi. PULANGAN NILAI TERBAIK Penjimatan kos melalui pengoptimuman penggunaan sumber. Penjanaan dan peningkatan pendapatan. PENGKOMERSIALAN Penciptaan dan pencapaian nilai baharu kepada pelanggan di pasaran. Projek berupaya bersaing di pasaran serta mampu menjana pendapatan. Agenda pengkomersialan perlu diambil kira pada peringkat penghasilan projek sebagai langkah awal pengembangan potensi projek. — LIMA (5) KRITERIA PROJEK KIK — – REPLIKASI Projek berpotensi diadaptasi secara terus atau diubah suai mengikut keperluan agensi . Agenda replikasi perlu diambil kira pada peringkat penghasilan projek sebagai langkah awal pengembangan potensi projek.

PAGE – 10 ============
GARIS PANDUAN PENYERTAAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF PERINGKAT KE MENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2018 10 2.4.1 KIK Primer Sekumpulan ahli yang terdiri dar ipada sekurang – kurangnya dua orang tetapi tidak melebihi 10 orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK yang terdiri daripada: a) Seorang Ketua Projek ; dan b) Sembilan Orang Ahli Kumpulan 2.4.2 KIK Hibrid Sekumpulan ahli terdiri daripada dua atau Iebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK Hibrid. Bilangan ahli tertakl uk pada skala, kos, kategori projek dan dipersetujui oleh pihak yang melaksanakan projek. 2.5 KOMPONEN KIK 2.5.1 KIK digalakkan untuk mewujudkan identiti kumpulan tersendiri seperti: – Nama Kumpulan Logo Kumpulan Visi Kumpulan Misi Kumpulan 2.5.2 Fasilitator Pelantikan fasilitator bergantung pada keperluan KIK. Unit Inovasi agensi masing – masing boleh memberi khidmat sebagai fas ilitator. Pe lantikan fasilitator bukan suatu kemestian. 2.5.3 Ketua Kumpulan Ketua kumpulan merupakan seorang daripada ahli KIK. Persetujuan bersama hendaklah dicapai ketika proses pemilihan ketua kumpulan agar tidak timbul sebarang isu yang boleh menjejaskan perkembangan kumpulan.

PAGE – 11 ============
GARIS PANDUAN PENYERTAAN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF PERINGKAT KE MENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2018 11 2.5.4 Ahli Kumpulan Keahlian KIK terbuka kepada semua anggota dalam organisasi. Bagi KIK Hibrid, keanggotaan kumpulan yang mewakili Jabatan/Agensi/Bahagian / Unit masing – masing hendaklah seimbang atau pada bilangan yang munasabah. Jabatan/ Agensi /Bahagian /Unit yang terlibat dalam KIK Hibrid digalakkan untuk menyediakan suatu memorandum persefahaman secara bertulis bagi memastikan kepentingan semua pihak terpelihara. 2.6 PENOLAKAN PENYERTAAN 2.6.1 Urus setia berhak menolak penyertaan dari mana – mana kumpulan KIK yang tidak layak berdasarkan syarat – syarat yang telah ditetapkan. 2.6.2 Keputusan pemilihan kumpulan – kumpulan yang Iayak untuk menyertai Konvensyen KIK p eringkat KPKT yang ditentukan berdasarkan syarat penyertaan adalah muktamad. 2.6.3 Keputusan panel p enilai dalam Konvensyen KIK peringkat KPKT terhadap penilaian projek kumpulan ad alah muktamad. 2.7 PERMOHONAN PENYERTAAN 2.7.1 Setiap kumpulan dikehendaki mengemukakan perkara – perkara berikut kepada pihak urus setia sebelum tarikh tutup iaitu: – a) M engemukakan borang penyertaan yang disediakan seperti di Lampiran A (Bahagian A) . Borang tersebut hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Ketua Jabatan. b) Ringkasan Eksekutif Lampiran A (Bahagian B)

653 KB – 23 Pages