124 KB – 54 Pages

PAGE – 2 ============
2 HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2017 Sekapur Sireh Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana memberikan ruang untuk saya menulis sepatah dua kata dalam buku program Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan 2017 peringkat UPM. Bersempena dengan tema pada tahun ini fiInovasi Mengilham Masa Depan Gemilangfl ia adalah amat bersesuaian dengan UPM yang merupakan salah sebuah universiti penyelidikan terkemuka di Malaysia bagi memainkan peranan dan sumbangan yang penting dan signi˜kan. Sekarang, kita berada pada abad ke-21 dan suasananya amat berbeza dengan tahun sebelumnya. Globalisasi dan revolusi teknologi maklumat telah membuka banyak ruang untuk perkembangan inovasi. Senario sosioekonomi dunia telah berubah ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai enjin pertumbuhan. Senario ini dapat dilihat apabila pelaburan yang besar telah mula beralih kepada aktiviti berintensif pengetahuan seperti R&D, pelesenan dan harta intelek. Kerjasama dan sumbangan warga UPM adalah amat penting untuk mencapai matlamat ini.Inovasi yang merupakan hasil daripada pemikiran kreatif, menjadi penanda aras yang menuntut kepada keupayaan penciptaan produk atau/dan perkhidmatan yang bersifat baharu, unik dan bermanfaat. Pada masa kini, kita hidup dalam komuniti global era revolusi industri 4.0 (IR 4.0) yang dinamik dan bergolak. Gelombang mega-trend, termasuk perubahan pesat dalam globalisasi dan kemajuan teknologi, mencipta kuasa pasaran baharu ‚dunia tanpa sempadan™. Salah satu faktor penting untuk organisasi bertahan dan berjaya dalam persekitaran sedemikian adalah inovasi. Walau bagaimanapun, inovasi tidak lagi hanya untuk mewujudkan nilai dalam memberi manfaat kepada individu, organisasi, atau masyarakat. Tujuan utama inovasi harus lebih jauh, untuk membantu mewujudkan masa depan cemerlang dan gemilang di mana masyarakat dapat menikmati kualiti lebih baik dari sebelumnya.Oleh itu, inovasi mesti mencari penyelesaian pintar untuk menangani masalah dan mencari pendekatan yang lebih proaktif untuk meramalkan masa depan yang tidak menentu, dan mengejar strategi untuk menghapuskan halangan kepada masa depan cemerlang dan gemilang. Malaysia perlu memantapkan keberkesanan dan kecekapan sistem inovasi kebangsaan untuk terus bergerak pantas ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Pemantapan ini termasuk mempertingkat kerjasama dalam kalangan universiti, industri, institusi penyelidikan, ˜rma perunding dan organisasi yang mempunyai akses kepada pengetahuan global di mana ia dapat disesuaikan dengan keperluan tempatan. Justeru, pembangunan negara perlu

PAGE – 3 ============
HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2017 3 menjurus kepada pembentukan massa kritikal penyelidik dan melonjakkan diri kepada tahap pencipta teknologi dalam sistem inovasi kebangsaan. Penstrukturan semula dana R&D bukan sahaja penting untuk menggiatkan aktiviti penyelidikan di negara ini, tetapi juga untuk menggalakkan pengkomersialan hasil penyelidikan melalui kerjasama rapat, terutamanya di antara pihak institusi penyelidikan dan UA, dengan syarikat swasta. Teras ini mempunyai matlamat untuk membangun dan memantapkan keupayaan penyelidikan dan inovasi di IPT supaya mampu bersaing di peringkat global. Adalah diharapkan sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan ini akan menjadi wacana utama dalam meningkatkan tahap kefahaman, kesedaran dan penghayatan terhadap kualiti dan inovasi dalam diri setiap warga UPM yang seterusnya mengamalkan prinsip ihsan dalam melestarikan inovasi untuk mengilhamkan masa depan yang gemilang.Sekian, terima kasih. BERILMU BERBAKTI Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris FASc, DSIS, PSK, KMN Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Teras ini mempunyai matlamat untuk membangun dan memantapkan keupayaan penyelidikan dan inovasi di IPT supaya mampu bersaing di peringkat global.

PAGE – 4 ============
4 HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2017 Masa depan gemilang adalah arah tuju sesebuah organisasi dalam usaha untuk menjadi sebuah entiti yang berdaya saing di peringkat global. Salah satu kunci meningkatkan daya saing tersebut adalah mendorong perkembangan inovasi dalam sebuah organisasi dan negara agar mampu bersaing, baik di peringkat dalam negeri, negara, rantau dan lingkungan global. Keupayaan inovasi dalam mencapai hasrat ini dapat dibuktikan melalui keberhasilan daripada pelaksanaan inovasi itu sendiri. Alasan mendasar bagi sesebuah organisasi memerlukan perubahan adalah kerana sesuatu yang relevan bagi organisasi telah berubah atau akan berubah disebabkan oleh faktor persekitaran dalaman dan luaran. Oleh sebab itu, organisasi tidak punya pilihan lain kecuali berubah juga bagi survival atau tujuan mengekalkan daya saing terhadap perubahan pasaran yang dinamik. Inovasi adalah usaha yang dirancang oleh organisasi untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan atau sumbangan baharu bagi kegunaan baharu atau penambahbaikan daripada yang sedia ada. Dengan melakukan inovasi, organisasi beraksi terhadap perubahan pasaran yang dinamik dan menciptakan atau mempertahankan daya saingnya. Inovasi dapat menghasilkan kaedah yang lebih bermanfaat untuk menjimatkan kos dan mengoptimumkan hasil kerja. Ia dapat menjadi satu kuasa yang mampu mengubah cara kerja kita, membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Selain itu, inovasi juga dapat mengurangkan beban kerja manusia melalui bantuan teknologi inovasi seperti komputer yang boleh mengawal mesin, jentera dan sebagainya. Kesinambungan itu, penyebaran ilmu dan maklumat dipercepatkan melalui inovasi perisian ( hardware dan software) yang mana kita dapat menyelesaikan pelbagai tugasan dan tanggungjawab sepantas pergerakan masa dan di mana sahaja kita berada. Ini adalah penting untuk mempertingkat tahap siap siaga dalam usaha menyampaikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan kualiti dan mutu kerja yang cemerlang. Transformasi Nasional 2050 mempunyai wawasan untuk menjadikan garis panduan dalam mencipta masa depan gemilang yang dipacu oleh inovasi untuk manfaat generasi akan datang. Tahun ini merupakan tahun ke 5 sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan yang mana turut menyokong ke arah kepentingan konsep Ihsan, iaitu universiti perlu memastikan setiap pekerja mempunyai keupayaan dan komitmen yang Seulas Pinang

PAGE – 5 ============
HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2017 5 tinggi terhadap tugas dalam usaha memastikan perkhidmatan yang bermakna dapat diberikan kepada para pelanggan. Pada saat ini, peranan dan sumbangan daripada institusi pendidikan merupakan generasi milenia yang memiliki kreativiti bagi pelaksanaan inovasi dalam pendidikan dan penyelidikan. Oleh kerana itu, diperlukan cara atau strategi baharu dalam menciptakan dan menghasilkan produk baharu atau melakukan pembaikan (tangible mahupun intangible) dengan meningkatkan kemampuan kreatif daripada para penyelidik dan anggota organisasi di UPM. Kita sudah sedia mengharungi masa depan yang gemilang melalui inovasi dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengekal dan melestarikan kemurnian sifat inovasi itu sendiri demi menerobos dinding persaingan di peringkat global. Mudah-mudahan Allah SWT terus melimpahkan rahmat peliharaan-Nya kepada seluruh warga UPM untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang dengan keihkhlasan untuk kemajuan negara dan anak bangsa.Sekian, terima kasih. BERILMU BERBAKTI Prof. Dr. Amin Ismail PengarahPusat Jaminan Kualiti Universiti Putra Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kualiti danInovasi Perkhidmatan UPM 2017Transformasi Nasional 2050 mempunyai wawasan untuk menjadikan garis panduan dalam mencipta masa depan gemilang yang dipacu oleh inovasi untuk manfaat generasi akan datang.

PAGE – 6 ============
6 HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2017 8.30 pagiKetibaan Jemputan/Pekerja8.45 pagiKetibaan Ahli Pengurusan Universiti9.00 pagiPerarakan Masuk Ahli Pengurusan Universiti dan Pengerusi HKIP 20179.05 pagiLagu NegarakuLagu Putra Gemilang Ucapan Aluan Pengerusi HKIP 2017 Ucapan oleh Naib Canselor Lafaz Ikrar Hari Inovasi9.37 pagiPersembahan Pembukaan HKIP 2017 oleh ‚DuoMagic Putra™10.00 pagiPenyampaian Hadiah dan Anugerah HKIP 2017Hadiah Mencipta Tema Hadiah Idea Inovasi (Idea-IQ)Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Anugerah Pengurusan LeanAnugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Anugerah Inovasi Perkhidmatan10.35 pagiPersembahan Selingan Dikir Barat Inovasi Pejabat Bursar10.45 pagiSambungan Penyampaian Hadiah dan Anugerah HKIP 2017Anugerah Pengurusan Laman Web Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanAnugerah Indeks Akauntabiliti Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran11.10 pagiPenyampaian Hadiah Pertandingan Delegasi Kreatif Antara PTJ 11.25 pagiPenghargaan Putra Ihsan Q-Inovatif11.40 pagiLagu Hari Inovasi UPM11.50 pagiDoa Penutup Majlis oleh Pengarah Pusat Islam11.55 pagiLawatan Pameran12.15 tengah hariBersuraiAtur Cara

PAGE – 8 ============
8 HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2017 Objektif dan Pelaksanaan Secara umumnya, objektif sambutan HKIP UPM ialah:Meningkatkan kesedaran warga UPM terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja; Memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di UPM;Merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya kerja berteraskan ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan; danMenyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.Hadiah Mencipta Tema HKIPObjektifi. Memberi penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada pekerja UPM untuk melahirkan idea yang kreatif dan inovatif dalam mencipta tema Hari Inovasi; danii. Menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan pekerja dan memupuk semangat kerjasama menyumbang idea.Kaedah PelaksanaanTema yang dihantar dinilai oleh Jawatankuasa Panel Penilai Hadiah Mencipta Tema HKIP untuk pemilihan tema terbaik. Tema yang dipilih diguna pakai untuk HKIP 2017. Pada tahun ini, sebanyak 15 tema telah dikemukakan daripada kalangan 11 pekerja UPM.

PAGE – 9 ============
HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2017 9 Hadiah Idea Inovasi (Idea-IQ)Objektif i. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pekerja Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah menyumbangkan idea inovasi/tajuk projek yang terbaik, praktikal serta berpotensi untuk diketengahkan sebagai projek Inovasi Perkhidmatan atau KIK di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ)/UPM; dan ii. Menggalakkan pembentukan budaya ˜kir yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pekerja UPM sebagai pemangkin ke arah penghasilan produk inovasi perkhidmatan UPM berimpak tinggi.Kaedah PelaksanaanPertandingan Idea Inovasi (Idea Œ IQ) adalah terbuka kepada semua pekerja UPM di mana sumbangan Idea Inovasi yang dihantar oleh pekerja UPM dinilai dari aspek kreativiti dan inovatif serta kesesuaian untuk diketengahkan serta direalisasikan sebagai projek Inovasi Perkhidmatan atau Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di UPM. Sebanyak 46 penyertaan oleh pekerja UPM telah diterima dan dinilai oleh Jawatankuasa Kecil Penyelarasan dan Hadiah Idea Inovasi pada peringkat awal. Jawatankuasa telah menyenarai pendek sebanyak 17 Idea-IQ yang kreatif, relevan serta realistik bagi tujuan diketengahkan sebagai projek inovasi UPM untuk menjalani Sesi Penjelasan Idea-IQ dan seterusnya memilih 5 Idea-IQ terbaik bagi tujuan penganugerahan Hadiah Idea Inovasi Tahun 2017.

PAGE – 10 ============
10 HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2017 Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA)Objektif i. Memberi pengiktirafan kepada PTJ yang mempunyai prestasi yang cemerlang dan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan kualiti persekitaran tempat kerja dan perkhidmatan;ii. Menggalak kerjasama dan membentuk budaya saling membantu secara berterusan dalam kalangan pekerja untuk mewujudkan dan mengekalkan suasana tempat kerja yang bermaklumat, bersih, kemas, teratur dan mesra pelanggan; daniii. Menggalakkan persaingan sihat di antara PTJ di UPM ke arah penambahbaikan yang berterusan dalam amalan pengurusan kualiti tempat kerja dan urus tadbir yang baik.Kaedah PelaksanaanPenyertaan Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/ EKSA) adalah diwajibkan kepada semua PTJ yang tidak pernah mendapat pensijilan Amalan 5S/EKSA daripada mana-mana badan pensijilan. Penilaian pertandingan ini memberi tumpuan kepada perkara berikut:i. Pelaksanaan Amalan 5SUsaha Ke Arah 5S;Ruang Tempat Kerja (Pejabat); dan Persekitaran Tempat Kerja. ii. Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)Keperluan Utama Pelaksanaan Ruang Tempat Kerja/Pejabat Tempat Umum Keselamatan PersekitaranKawasan Persekitaran JabatanTempat-tempat Khusus (Sesuai Mengikut Keperluan Agensi)Pada tahun ini, 26 PTJ telah dinilai setelah mendapat maklum balas kesediaan 5S/EKSA. 26 PTJ tersebut adalah:i. Pejabat Naib Canselor;ii. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi);iii. Pejabat Pendaftar;iv. Pejabat Bursar;v. Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi;vi. Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;vii. Fakulti Ekologi Manusia;viii. Fakulti Kejuruteraan;ix. Fakulti Pengajian Pendidikan;x. Fakulti Pengajian Alam Sekitar;xi. Fakulti Rekabentuk dan Senibina;xii. Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPM Kampus Bintulu);xiii. Institut Pengajian Sains Sosial;xiv. Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan; xv. Institut Penyelidikan Matematik;xvi. Pusat Alumni;

PAGE – 11 ============
HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2017 11 xvii. Pusat Jaminan Kualiti;xviii. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi;xix. Pusat Kesihatan Universiti;xx. Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan;xxi. Pusat Antarabangsa;xxii. Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser;xxiii. Bahagian Audit Dalam;xxiv. Perpustakaan Sultan Abdul Samad;xxv. Kolej Kelima; danxxvi. Kolej Keempat Belas.

124 KB – 54 Pages