Sep 25, 2020 — tambahan bagi majikan sedia ada yang sedang menerima PSU, manakala bantuan PSU selama 6 bulan bagi semua permohonan baru mulai Oktober 2020.

111 KB – 11 Pages

PAGE – 1 ============
1 SOALAN – SOALAN LAZIM (FAQ ) PROGRAM SUBSIDI UPAH 2.0 SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP) , PERKESO BIL. 6 /2020 | 2 5 SEPTEMBER 2020 1. Apakah Program Subsidi Upah (PSU) dan PSU 2.0 ? PSU dan PSU 2.0 adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Permohonan program PSU bermula pada 1 April 2020 sehingga 30 September 2020 . Di bawah Pakej PRIHATIN pada 27 Mac 2020, subsidi upah bagi PSU adalah untuk tempoh 3 bulan. Pada 5 Jun 20 20 , bantuan PSU telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan di bawah PENJANA (6 bulan secara keseluruhan). P ada 23 September 2020 , bantuan PSU telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan bagi majikan sedia ada yang sedang menerima PSU, manakala bantuan PSU selama 6 bulan bagi semua permohonan baru mulai Oktober 2020. Program ini dikenali sebagai PSU 2.0 . Tujuan PSU ialah untuk memb antu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID – 19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan. 2. Bilakah PSU 2.0 mula berkuatkuasa? PSU 2.0 ber mula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020 .

PAGE – 2 ============
2 3. B ilakah tarikh akhir permohonan PSU 2.0 ? Tarikh akhir permohonan PSU 2.0 adalah pada 31 Disember 2020. 4. Apakah syarat kelayakan majikan untuk memohon PSU 2 .0 dan faedah yang akan diterima? Sila rujuk Jadual 1 seperti berikut : JADUAL 1: KELAYAKAN DAN FAEDAH PSU 2.0 a) Saiz Perusahaan 75 orang pekerja dan ke bawah 76 hingga 200 orang pekerja 201 orang pekerja dan ke atas (lebih 200 orang) b) Had Bilangan Pekerja yang Boleh Dituntut 75 orang 200 orang 200 orang c) Kadar Bayaran bagi majikan S edia ada RM600 sebulan setiap pekerja selama 3 bulan Ba ha ru RM600 sebulan setiap pekerja selama 6 bulan d) Syarat – Syarat Kelayakan: Kadar Penurunan Pendapatan atau Jualan K adar penurunan sebanyak 30 % atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan an tahun 2020 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) . Pendaftaran Majikan 1. Majikan dan pekerja nya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020 . 2. Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 September 2020 Gaji Pekerja Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah Syarat – Syarat Lain Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja Cara Permohonan Permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my

PAGE – 3 ============
3 5. Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon PSU 2.0 ? Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020 ; Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain – lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 September 2020 ; Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri; Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM 4 ,000; Pekerja yang telah diberhentikan kerja; Pekerja yang telah digajikan di bawah program PenjanaKerjaya ( Hiring Incentive ); Pekerja sektor awam , badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers ; P ekerja asing dan pegawai dagang (expatriate ) ; dan Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 2.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERK E SO. 6. Bagi permohonan PSU 2.0 , apakah dokumen yang diperlukan? Dokumen yang diperlukan ialah : i. Senarai nama pekerja ( mengikut had kelayakan saiz perusahaan ) ; ii. Maklumat akaun bank majikan ( s alinan muka depan p enyata b ank sahaja) ; iii. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank . Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan ; iv. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain – lain pertubuhan; dan v. Akuan Pengisytiharan PSU2.0 .

PAGE – 4 ============
4 7. Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN) ? Maklumat Business Registration Number (BRN) adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank. Majikan hendaklah berhubung dengan pihak ba nk masing – masing bagi memastikan BRN yang diberikan adalah yang betul dan tepat. Majikan perlu me muat turun borang BRN dari portal PRIHATIN melalui capaian di laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my , seterusnya mengisi, melengkapkan borang dan dan memuat naik kembali ke laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan. Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund Transfer (EFT). Kegagalan majikan dalam memberikan BRN yang betul akan melambatkan proses pembayaran subsidi upah. 8. Ap akah itu borang Akuan Pengisytiharan PSU 2.0 ? Akuan Pengisytiharan PSU 2.0 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytihar kan perkara – perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 2.0 . Borang ini perlu diisi oleh semua majikan tanpa mengira saiz perusahaan dan sektor. 9. Kenapa kah pekerja yang bergaji RM4,000 ke atas tidak d iliputi di bawah PSU walaupun membuat caruman bulanan PERKESO ? PSU adalah peruntukan daripada Kerajaan yang disalurkan melalui pakej PRIHATIN termasuk PSU 2.0 untuk membantu majikan yang terkesan akibat krisis COVID – 19 untuk meneruskan pengoperasian dan mengekalkan

PAGE – 5 ============
5 pekerja mereka. Program ini juga adalah untuk lebih membantu pekerja dalam golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah . 10. Apakah tafsiran gaji atau pendapatan RM4,000 ke bawah yang dimaksudkan bagi permohonan PSU ini? Tafsiran gaji atau pendapatan adalah mengikut tafsiran gaji di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4]. Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji seperti gaji pokok / kerja lebih masa / komisen / bayaran – bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya / elaun – elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya / caj perkhidmatan ( service charge ). Gaji tertakluk kepad a had siling RM 4,000. 11. A dakah majikan sedia ada yang sedang menerima PSU perlu mengemukakan permohonan yang baru untuk PSU 2.0 ? Majikan sedia ada yang sedang menerima PSU wajib mengemukakan permohonan PSU 2.0 di Portal PRIHATIN prihatin.perkeso.gov.my bermula pada 1 Oktober 2020 . 12. Setelah permohonan PSU 2.0 bulan diluluskan , adakah majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru bagi tuntutan yang seterusnya? Majikan tidak perlu mengemukakan permohonan PSU yang baru bagi tuntuta n bulan – bulan berikutnya . Walau bagaimanapun, majikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat di prihatin.perkeso.gov.my jika terdapat perubahan kepada status keaktifan perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem . Sekiranya berlaku perubahan (pengurangan atau penambahan) pada senarai nama pekerja, majikan hendaklah mengemukakan perubahan tersebut selewat lewatnya pada 15 hari bulan pada bulan berkenaan . Permohonan yang mengandungi maklumat yang tidak tepat seperti bilangan pekerja tempatan tidak sama dengan maklumat majikan di PERKESO ( Portal ASSIST) atau permohonan yang mengandungi senarai

PAGE – 6 ============
6 pekerja asing , permohonan tersebut akan dikuiri untuk tindakan selanjutnya. Sehubungan itu, majikan hendaklah mengisi maklumat pekerja tempatan dengan tepat bagi mengelakkan kelewatan pemprosesan permohonan tersebut. PERKESO berhak menolak sebaran g permohonan sekiranya majikan gagal memberikan maklumat yang betul dan tepat. Tindakan undang – undang boleh dikenakan terhadap majikan yang mengemukakan permohonan dan tuntutan palsu . 13. Bolehkah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020 tetapi tidak berdaftar dengan PERKESO memohon PSU 2.0 ? Mana – mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan PSU hendaklah berdaftar dengan PERKESO serta SSM, PBT atau lain – lain badan professional sebelum 1 September 202 0 dan m empunyai sekurang – kurangnya seorang pekerja . 14. Sekiranya majikan telah berdaftar dengan Perkeso sebelum 1 September 2020 dan mempunyai pekerja yang telah mula bekerja pada 1 Februari 2020 tetapi belum berdaftar dengan P ERKESO . Adakah majikan layak untuk memohon PSU 2.0 ? M ajikan layak untuk mengemukakan permohonan PSU 2.0 . N amun begitu, pekerja hendaklah merupakan seseorang yang telah mula bekerja dan berdaftar di bawah majikan tersebut sebelum 1 September 2020 dan majikan hendaklah mendaftarkan pekerja tersebut dengan PERKESO (Portal ASSIST) terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan bagi bulan berkenaan. 15. Sekiranya majikan telah lulus permohonan pada bulan Jun 2020, adakah majikan layak untuk mengemukakan permohonan PSU 2.0 yang baru diumumkan pada 23 September 2020 ?

PAGE – 8 ============
8 Contohnya: Bulan/Tahun Hasil jualan /pendapatan September 2019 RM 100,000 September 2020 RM 69, 5 00 Ogos 2019 RM 120,000 Ogos 2020 RM 7 8,000 19. Sekiranya terdapat pekerja yang berhenti secara sukarela dengan majikan dan menerima PSU dan PSU 2.0 , adakah majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru? Tidak. M ajikan tidak perlu mengemukakan permohonan yang baru dan hanya perlu mengemaskini senarai baru pekerja selewat lewatnya pada 15 hari bulan pada bulan berkenaan mengikut kelayakan dengan melalui capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my . Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang – undang. 20. Apakah yang boleh dilakukan oleh pekerja sekiranya majikan yang menyertai PSU tidak membayar gaji pekerja, memotong gaji, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji ataupun memberhentikan perkhidmatan pekerja? Pekerja boleh menyemak senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan PSU di laman web PERKESO https://eiscentre.perkeso.gov.my/ Pekerja juga boleh membuat aduan berhubung PSU 2.0 di e – aduanpsu . Sebarang masalah perburuhan di luar PSU 2.0 , pekerja juga boleh merujuk kepada pihak Jabatan Te naga Kerja (JTK) di talian 03 – 8890 3404 atau 03 – 8886 2409 atau emel di jtksm@mohr.gov.my

PAGE – 9 ============
9 21. Apakah yang boleh dilakukan oleh PERKESO sekiranya menerima aduan daripada pekerja berkaitan isu bayaran gaji dan pemberhentian pekerja setelah bantuan PSU dan PSU 2.0 diterima ? PERKESO berhak untuk menggantung bayaran dan menuntut semula bayaran yang telah diterima oleh majikan dan tinda kan undang – undang boleh diambil terhadap majikan yang gagal memenuhi syarat – syarat yang telah ditetapkan. 22. Syarikat saya mempunyai pekerja warganegara Malaysia dan juga pekerja bukan warganegara yang berdaftar dengan PERKESO . Bolehkah jumlah pekerja asing tidak dimasukkan dalam kiraan penentuan saiz jumlah pekerja ? Tidak b oleh . Majikan perlu mengisytihar jumlah keseluruhan bilangan pekerja yang digaji termasuk pekerja bukan warganegara . 23. Adakah majikan atau pemilik syarikat termasuk dalam pengiraan penentuan saiz perusahaan bagi permohonan PSU 2.0 ? Pengiraan penentuan saiz perusahaan bagi permohonan PSU 2.0 adalah mengikut syarat kelayakan pekerja di bawah Akta 4 , PERKESO . 24. Bagaimanakah majikan akan dapat mengetahui sama ada permohonan PSU 2.0 telah diterima, diluluskan atau ditolak? Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang p rihatin.perkeso.gov.my dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://eiscentre.perkeso.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

PAGE – 10 ============
10 25. Adakah majikan perlu membayar caruman PERKESO dan SIP setelah menerima bantuan PSU? Ya . M ajikan hendaklah membayar caruman sepertimana yang telah disyaratkan di bawah Akta 4 dan Akta 800. 26. A dakah majikan dibenarkan untuk menggunakan sebahagian daripada jumlah ba ntuan PSU yang telah diterima untuk membayar caruman PERKESO dan SIP bagi pihak m a jikan ? Tidak. Majikan tidak boleh menggunakan sebahagian bayaran PSU dan PSU 2.0 bagi tujuan syer caruman PERKESO dan SIP majikan. 27. Adakah majikan perlu membayar caruman bagi pekerja yang diberi C uti Tanpa Gaji yang menerima PSU dan PSU 2.0 ? Ya. Majikan perlu membayar caruman PERKESO dan SIP seperti biasa semasa dan selepas menerima bayaran PSU sebagaimana gaji pekerja yang dibayar kep ada pekerja setiap b ulan. 28. Adakah pembayaran PSU dibayar kepada majikan berdasarkan bilangan kod majikan tersebut atau kepada majikan itu sahaja? PSU dibayar kepada majikan berdasarkan kepada pendaftaran dengan pihak yang berkuasa seperti SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa perkhidmatan profesional, saintifik atau teknikal / lesen perniagaan dan tidak berdasarkan kepada bilangan kod majikan bagi cawangan – cawangan perusahaan tersebut. Permohonan daripada beberapa kod majikan yang berbeza tetapi dengan satu pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa perkhidmatan profesional, saintifik atau teknikal / lesen perniagaan yang sama akan dikira sebagai satu permohonan . Sekiranya terdapat lebih daripada satu permohanan daripada dua kod majikan yang berbeza tetapi berdaftar dengan SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa perkhidmatan profesional , saintifik atau teknikal / lesen

PAGE – 11 ============
11 perniagaan yang sama , maka jumlah bilangan pekerja yang layak adalah berdasarkan saiz pekerja perusahaan keseluruhan kedua – dua cawangan permohonan tersebut. Had kelayakan bilangan pekerja bagi PSU adalah berdasarkan satu pendaftaran dengan pihak yang berkuasa seperti SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa perkhidmatan profesional, saintifik atau teknikal / lesen perniagaan sahaja. TARIKH KUATKUASA Soalan Lazim Bil. 6 Tahun 2020 adalah berkuatkuasa mulai 2 5 September 2020 . Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1 – 300 – 22 – 8000 . PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) 2 5 SEPTEMBER 2020

111 KB – 11 Pages