by A Othman · 2004 · Cited by 4 — perempuan yang berumur 16 tahun atau lebih dengan datuk lelakinya, bapa, abang, adik lelaki atau anak lelakinya dengan kerelaan dan keizinan kedua-dua pihak

74 KB – 14 Pages

PAGE – 1 ============
FENOMENA SUMBANG MAHRAM DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA. Azizah Othman Azelin Aziz Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia Tel:04 – 9284119/9285236 Faks: 04 – 9285761 Email:o.azizah@uum.edu.my azelin@uum.edu.my ABSTRAK Sumbang mahram merupakan satu gejala yang semakin serius dan mendapat perhatian masyarakat dan pihak kerajaan pada masa kini. Masyarakat juga melabelkan kejadian ini sebagai tanda – tan da kepincangan institusi kekeluargaan dalam masyarakat dan negara sedang mengalami kemelut gejala sosial yang meruncing. Senario ini hebat diperbincangkan sama ada di media elektronik dan media cetak. Perlakuan sumbang mahram ini adalah disebabkan oleh beb erapa faktor dan ia telah memberi kesan kepada individu, keluarga dan masyarakat. Usaha – usaha untuk membebaskan persekitaran masyarakat dari jenayah sumbang mahram memerlukan pembabitan dan sokongan semua pihak seperti badan kerajaan, pihak swasta, ahli k eluarga dan masyarakat setempat. Apa yang pasti jika permasalahan ini tidak ditangani dengan sewajarnya, ia mampu meruntuh institusi kekeluargaan dan masyarakat keseluruhannya. Kertas kerja ini cuba membincangkan permasalahan sumbang mahram dan alternatif yang perlu diambil untuk membendung gejala yang tidak sihat ini.

PAGE – 2 ============
2 Pengenalan Hampir setiap hari kita dipaparkan dengan berita rogol dan sumbang mahram di media – media cetak dan elektronik. Ada kes – kes yang tidak dapat diterima akal seperti datuk merogol cucu, cucu merogol nenek, abang merogol adik dan bapa yang sanggup merogol anak kandungnya sendiri. Dalam konteks kanak – kanak, sering kali mereka diingatkan supaya berwaspada dengan orang asing tapi nampaknya kini dengan terjadinya kes – kes su mbang mahram mereka lebih terdedah kepada perlakuan tidak elok dari ahli keluarga sendiri iaitu orang – orang yang mereka kenali. Apa yang menyedihkan, pembabitan kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi berbanding kaum lain. Hakikatnya manusia lebih takut p ada undang – undang di dunia dan mereka yang melakukan kesalahan ini tidak takut langsung pada undang – undang yang ditentukan oleh Tuhan. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2004, sebanyak 161 kes sumbang mahram dilaporkan kepada pihak berkuasa (PDRM, 2004). Ini menunjukkan undang – undang yang ada masih belum cukup untuk menakutkan masyarakat dari melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Di mana kewarasan lelaki yang merogol seorang nenek yang sudah berkedut, atau seronokkah memperlakukan cucu dan anak perempuan send iri dengan perlakuan hina itu. Perbuatan ini disifatkan sebagai sesuatu yang sukar diterima akal apatah lagi ia berlaku dalam masyarakat yang bertamadun dan maju. Ini menjelaskan kepada masyarakat bahawa ada segelintir di kalangan mereka yang mempunyai ta raf akhlak yang sangat rendah dan tiada lagi nilai – nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Apa yang pasti, jika permasalahan ini tidak ditangani sewajarnya ia mampu meruntuhkan institusi keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Definisi Sumbang Mahram. Sumba ng mahram atau inses (incest) adalah perhubungan seksual antara seorang lelaki dengan cucu perempuan, anak perempuan, kakak, adik perempuan atau ibunya atau antara seorang perempuan yang berumur 16 tahun atau lebih dengan datuk lelakinya, bapa, abang, adi k lelaki atau anak lelakinya dengan kerelaan dan keizinan kedua – dua pihak terbabit. (Zuliza Mohd. Kusrin,et.al, 2001) Sumbang mahram juga boleh didefinisikan sebagai perhubungan jenis antara seorang lelaki dan perempuan yang dilarang bernikah oleh adat da n agama. Bak kata pepatah Melayu dan . Ia menyifatkan seseorang itu tidak boleh diharapkan untuk menjaga seseorang yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya. Mengikut kamus Dewan terdapat tiga jeni s sumbang yang membawa pengertian yang sama, iaitu: Sumbang balai melintang yang bermaksud berzina dengan orang yang tidak boleh dikahwini ( pada agama dan adat ); Sumbang kadim iaitu perbuatan bermukah dengan keluarga rapat Sumbang pati yang bererti ber mukah dengan saudara sendiri. Sumbang mahram juga boleh didefinisikan sebagai pencabulan seks yang berlaku di kalangan anggota keluarga di mana perkahwinan sesama sendiri ditegah atau dari konteks Islam disebut muhrim atau muhram. Pencabulan seks ini ber maksud sebarang kegiatan seks yang tidak difahami dan tidak direla oleh mangsa perlakuan seks atau perlakuan seks yang melanggar norma sosial. Ia termasuklah mulut – kemaluan (oral – genital), dubur – kemaluan (anal – genital) iaitu liwat, kemaluan – kemaluan (genit al – genital) antara orang dewasa dan kanak – kanak, onani bersama,

PAGE – 3 ============
3 mendedahkan kemaluan (exhibitionism) dan menggunakan kanak – kanak untuk pornografi. (Utusan Malaysia, 1995) Pandangan Islam Terhadap Sumbang Mahram. Sesungguhnya Islam adalah agama yang semp urna dan lengkap dengan peraturan – peraturan yang telah ditetapkan kepada umatnya. Dalam konteks hubungan seksual juga Islam memperuntukkan undang – undang yang tersendiri. Meskipun manusia diberikan kebebasan untuk menyalurkan hasrat seksualnya, namun bukan bererti boleh melaksanakan kebebasan seksual dengan sewenang – wenangnya. Sebabnya kebebasan menyalurkan dorongan seksual harus tetap dalam ikatan nikah kahwin yang sah berdasarkan syariat sebagaimana yang telah ditetapkan sejak dari awal kedatangan Islam la gi. Firman Allah s.w.t. dalam surah al – Baqarah ayat 223 yang bermaksud: – isterimu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu sesuai dengan Dalam Islam banyak ajaran – ajaran yang berkenaan dengan masalah seksual antaranya ialah tuntutan menjaga pandangan mata terhadap bukan muhram, larangan berkahwin sesama saudara kandung dan sepersusuan, adat berhias bagi wanita, larangan berzina dan banyak lagi. Semua ini merupakan sebahagian daripada pedoman pendidikan seksual yang telah di nyatakan dalam al – Quran dan al – Sunnah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al – – perempuan yang berikut: ibu – ibu kamu, dan anak – anak kamu, dan saudara – saudara kamu, dan saudara – saudara bapa kamu, dan saudara – saudara ibu kamu, dan anak – anak saudara kamu yang lelaki, dan anak – anak saudara kamu yang perempuan dan ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara – saudara susuan kamu, dan ibu isteri – isteri kamu dan anak – anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri – isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu ) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu berkahwin dengannya. Dan haram juga kamu menghimpun dua adik – beradi k sekali (untuk menjadi isteri – isteri kamu kecuali yang berlaku pada masa yang Antara sebab dilarang berlakunya perkahwinan adalah kerana tiga sebab iaitu perkahwinan, keturunan dan pen yusuan. Apabila berlakunya satu ikatan pernikahan secara automatik golongan yang berikut menjadi haram untuk dikahwini. Haram sebab pernikahan 1. Ibu isteri (mertua) 2. Anak tiri, apabila ibunya telah digauli. 3. Isteri dari anaknya (menantu) 4. Isteri ayahnya 5. Meng himpunkan bersama – sama dua wanita apabila keduanya adalah mahram seperti dua wanita bersaudara atau perempuan yang dimadukan dengan saudara perempuan ayahnya atau anak perempuan saudaranya dan seterusnya berdasarkan pertalian mahram.

PAGE – 4 ============
4 Haram sebab keturunan 1. Ibu, ibunya ibu (nenek), ibu dari ayah dan seterusnya sampai ke atas. 2. Anak, cucu dan seterusnya ke bawah. 3. Saudara perempuan seibu sebapa atau hanya sebapa atau seibu sahaja. 4. Saudara perempuan dari ayah. 5. Saudara perempuan dari ibu. 6. Anak perempuan dari sau dara lelaki dan seterusnya 7. Anak perempuan dari saudara perempuan dan seterusnya. Haram sebab penyusuan 1. Perempuan yang pernah menyusuinya 2. Saudara sepersusuan. Oleh sebab itulah Islam menetapkan bahawa menjadi kewajipan oleh ibubapa untuk menerangkan dan seterusnya menanamkan pengertian kepada anak – anak mereka tentang siapakah sebenarnya yang harus digauli secara baik dan siapa yang harus dihindari pergaulannya kerana syariat. Dengan ini tidak terjadilah masalah yang tidak diingini seperti sumbang mahram d an sebagainya. (Siti Hajar Ibrahim, 1996) Peruntukan Perundangan Sumbang Mahram Realitinya sumbang mahram adalah suatu kesalahan yang lebih dahsyat dan terkutuk daripada jenayah rogol. Walau bagaimanapun selama ini kesalahan – kesalahan sumbang mahram dis abitkan dihukum di bawah seksyen 376 iaitu seksaan bagi kesalahan rogol. kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang pe rempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana – mana daripada perihal – perihal yang berikut: Pertama Bertentangan dengan kemahuan wanita itu; Kedua Dengan tiada kerelaan perempuan itu; Ketiga Dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah did apati dengan mendatangkan kepadanya atau mana – mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu diberi akibat dari salah tanggapan tersebut ; Keempat Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang – u ndang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan;

PAGE – 5 ============
5 Kelima Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan; Keenam Sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur enam belas tahun. Merujuk kepada peruntukan seksyen 375 Kanun Keseksaan, kebanyakan kes sumbang mahram adalah disabitkan di bawah pasal keenam iaitu mensetubuhi seorang perempuan yang berumur di bawah enam belas tahun sam a ada dengan kerelaan atau tidak. Seksyen 376 memperuntukkan bahawa barang siapa melakukan rogol hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat. Walaupu n sumbang mahram adalah berbeza daripada kesalahan rogol, pentadbiran kehakiman di Malaysia, dalam membicarakan kes – kes berkaitan dengan sumbang mahram telah merujuknya sebagai kes rogol di bawah seksyen 376, perenggan keenam iaitu sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu di bawah umur enam belas tahun. Seterusnya kenyataan akhbar – akhbar di Malaysia yang menyiarkan kes sumbang mahram jelas mengklasifikasikannya sebagai rogol. Contohnya seperti berita dalam Utusan Malaysia berta rikh Bapa rogol anak dipenjara 20 tahun Pemandu lori nafi rogol anak dalam Berita Harian pada 29 Jun 2001. Kabinet telah menimbang dilema undang – undang yang sedia ada dan seksyen 367 Kanun Keseksaan khusus untuk jenayah sumbang mahram telah dipinda pada tahun 2003 yang mana pesalah boleh dihukum penjara minimum 15 tahun dan maksimum 30 tahun selain 10 kali sebatan. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri – negeri pula umumnya mengenakan hukuman denda atau penjara atau sebatan a tau gabungan mana – mana antara kedua – duanya. Bagi hukuman denda kadar minimum ialah RM 1000.00 seperti di Pahang dan maksimumnya sebanyak RM 6000.00 iaitu di Selangor. Bagi penjara pula, hukuman yang paling ringan adalah di Pahang iaitu selama enam bulan d an yang paling lama ialah di Selangor iaitu selama 3 tahun. Berkenaan dengan sebatan pula, tidak semua negeri – negeri yang mempunyai peruntukan berkenaan seperti di Kelantan dan Terengganu tiada peruntukan hukuman sebat, tetapi di negeri Perak hukuman seb at yang maksimum ialah sebanyak 3 kali dan di Selangor sebanyak 6 kali. Faktor – faktor Berlakunya Sumbang Mahram i) Pakaian anak perempuan Anak perempuan tidak ditegur dari segi penampilan pakaian sama ada sesuai atau tidak dengan usia mereka oleh masyaraka t merupakan punca kepada sumbang mahram. Orang lelaki, walaupun dia tahu anaknya sendiri, tetapi jika berpakaian seksi, ditambah jika pegangan agama tidak kuat dan keperluan seks yang tinggi serta tidak mendapat layanan seks daripada isteri, maka ia akan b eralih pada tempat lain. Lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu. Jika akal tidak digunakan dengan baik, maka nafsu boleh mengatasi akal. Oleh itu, tanggungjawab lelaki ialah mengawal akal anda, manakala tanggungjawab perempuan ialah menjaga pakaian anda.

PAGE – 6 ============
6 ii) Keperluan fisiologi dan psikologi Menurut Dr. Mariani, pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya, salah satu keperluan manusia adalah naluri seks, dan keperluan psikologi iaitu kasih sayang, penghargaan, keselamat an dan lain – lain.Keperluan fisiologi ialah keperluan makan, minum, tidur rehat dan seks. Jika keperluan fisiologi tidak dipenuhi, maka ia akan menggugat keperluan psikologi iaitu cara pemikiran, berkasih sayang sudah beralih kepada yang tidak sepatutnya. Ini tidak bermakna bukan keperluan seks sahaja yang perlu diberi perhatian tetapi keperluan yang lain juga perlu diberi perhatian. Jika keperluan yang lain diberi perhatian oleh pembantu rumah atau anak, sedangkan keperluan seks tidak diperoleh daripada is teri, maka anak kecil boleh menjadi mangsa semasa isteri keluar bekerja atau out station. Malah yang lagi melampau ialah semasa naluri seks memuncak, kadang – kala isteri keluar bekerja atau membeli – belah sekejap sahaja, suami juga boleh meluahkan kehendak se ks mereka pada anaknya. iii) Sikap isteri Sebagai seorang isteri dan ibu, dia tidak boleh terlalu leka dengan keperluan anak sama ada kecil atau remaja dan suami. Dia haruslah selalu berkomunikasi dan berinteraksi secara baik dengan suami dan anak – anak. Jika interaksi dan komunikasi hambar, ia boleh menjadi salah satu punca mendorong ke arah gejala tidak sihat. Contohnya wanita yang bekerja pada syif malam akan menyebabkan kurang pergaulannya dengan suami dan anak – anak. Malahan siisteri turut mengabaikan kepe rluan seks suaminya. Sebenarnya, lelaki tidak mendapat kepuasan seks daripada anak kecil yang baru berusia lima atau enam tahun, dia sekadar ingin melepaskan perasaan yang tinggi meluap pada kehendak seks. iv) Pergaulan anak dan bapa Hubungan anak perempuan dengan bapanya hanya setakat mana yang boleh. Dia tidak boleh tidur dengan bapanya. Kalau cium setakat dahi. Sentuhan tangan juga setakat yang boleh. Jikalau seorang ibu tidak mendidik anak – anak tentang batas – batas pergaulan dengan bapa dan tidak memberit ahu suami jika kelihatan bapa terlalu rapat dengan anak perempuannya akan menyebabkan gejala yang tidak sihat. Sumbang mahram boleh berpunca daripada anak dan juga bapa, tambahan pula tanpa ajaran, nasihat, panduan atau tunjuk ajar daripada ibunya. Anak da lam usia lima atau enam tahun tidak ada perasaan berahi, tetapi dia takut dengan bapanya. Dia menganggap bapanya sebagai orang yang patut dipatuhi. Dengan itu, apabila bapa menyuruh melakukan sesuatu, ia menganggap arahan tersebut mesti dipatuhi kerana dia baru berusia lima tahun. v) Pengaruh media massa Penjualan dan pengedaran VCD lucah dan hiburan kini telah sampai ke tahap membimbangkan, sehinggakan VCD lucah dijual secara terbuka terutamanya di pasar – pasar malam serta kompleks membeli – belah. Tambahan p ula, harga VCD lucah adalah murah iaitu dalam lingkungan RM5 hingga RM10 sahaja malah mudah didapati. VCD lucah ini akan meningkatkan naluri seks penonton dan menyebabkan sumbang mahram. VCD lucah telah mehancurkan jati diri dan akhlak pemuda – pemudi negara . Menurut seorang pakar

PAGE – 8 ============
8 Kesan – kesan Sumbang Mahram Seperti kata pepatah bersesuaian apa yang berlaku dalam masalah sumbang mahram ini. Ianya memberikan kesan yang sangat besar dalam diri mangsa, keluarga, masyarakat dan negara. i – Kesan ke atas mangsa Mangsa sumbang mahram adalah individu pertama sekali yang akan mendapat kesan dalam dirinya. Mangsa akan merasa terhina dan dicaci oleh masyarakat sekeliling walaupun hakikatny a mereka tidak bersalah. Mereka akan hilang kepercayaan terhadap mahram yang lain dan ini menjadikan hubungan kekeluargaan semakin renggang. Kemesraan yang dulu sentiasa bertaut mungkin akan menjadi kebencian dalam hidup mangsa khasnya. Anak yang tidak be rsalah itu turut mengalami kesan psikologi yang tinggi akibat daripada kesan kebencian yang tumbuh dalam hatinya manakala perasaan hormat kepada kaum lelaki akan hilang. Seterusnya mereka akan menghadapi gangguan atau bermasalah dalam perkembangan psikosos ial mereka ( Kasmini Kassim, 1998). Dengan rasa rendah diri, ada yang menjerumuskan diri mereka kepada gejala tidak sihat seperti menjadi pelayan di kelab – kelab malam, menjadi bohsia, penagih dadah dan pelbagai lagi. Paling menakutkan sekiranya kesan dari pada sumbang mahram ini, mangsa sumbang mahram ini mengandung. Mereka akan menanggung malu untuk berhadapan dengan keluarga dan masyarakat terhadap kandungan tersebut. Bagi yang menggugurkan kandungan itu akan memikirkan dosa yang dilakukan tetapi yang me lahirkan kandungan tersebut timbul masalah dari segi status kekeluargaannya. Namun ada juga di antara mangsa sumbang mahram ini mendapat kesan yang lebih positif dengan mengambil sikap lebih berjaga – jaga apabila berada di rumah seorang diri dengan hanya bertemankan saudara mara lelaki. Mereka juga akan berhati – hati apabila keluar dari rumahh kerana takut dengan cacian daripada masyarakat setempat. Selain itu mereka juga akan lebih prihatin dengan mengambil berat akan keselamatan adik – adik perempuan dan s audara – saudara perempuan yang lain dengan harapan supaya kejadian yang menimpa diri merekka tidak akan berulang lagi terhadap orang yang mereka sayangi. ii – Kesan ke atas keluarga Bapa adalah ketua keluarga berperanan dalam menyara keluarga dan memimp in sesebuah rumahtangga supaya aman, tenteram dan selesa dengan mengikut ajaran Islam khasnya dan begitu juga bagi agama – agama lain. Inilah yang diimpikan oleh semua individu supaya sebuah keluarga yang dibina dapat hidup sejahtera dengan dilimpahi rahmat dan kasih sayang antara satu sama lain. Namun apa yang menyedihkan kita pada hari ini ialah apa yang diharapkan hanyalah tinggal impian semata – mata dan bukannya kenyataan. Bapa atau saudara mara lelaki iaitu mahram yang terdekat yang diharapkan menjadi p elindung kepada anak – anak perempuan telah mengambil kesempatan kepada mereka yang sememangnya mempunyai sifat lemah lembut ini. Hubungan kekeluargaan akan menjadi retak dan boleh menimbulkan kepincangan dalam rumahtangga. Apabila hal ini berlaku, hubungan ini tidak dapat dipulihkan lagi. Tiada lagi sifat saling percaya mempercayai antara ahli keluarga dan keakraban.

PAGE – 9 ============
9 Kadar perceraian juga akan meningkat kerana gejala sumbang mahram sebagai faktornya. Si isteri yang mempunyai sifat keibuan ini akan sentiasa b ersama – sama anaknya walaupun dalan situasi yang menyedihkan jika akibat daripada perbuatan si suami yang tidak bermoral itu. Mangsa sumbang mahram juga akan bertindak dengan sedaya upaya untuk menjauhkan diri daripada keluraga sendiri dengan melarikan dir i contohnya. Bagi mereka rumah sendiri bukanlah tempat berlindung yang selamat lagi. Mereka rela menumpang di rumah kawan – kawan yang tidak mempunyai sebarang pertalian saudara. Keluarga mangsa juga tidak dapat lari daripada cemuhan dan tohmahan masyar akat dan seterusnya di pulaukan dan di hina. Seterusnya maruah dan nama baik keluarga sudah tiada nilainya di sisi masyarakat. iii – Kesan ke atas masyarakat Masyarakat adalah kelompok manusia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum, jantina dan a gama yang terdapat dalam sesebuah negara. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Kaum – kaum ini menganut agama masing – masing iaitu Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain – lain lagi. Hidup di dalam masyarakat memerlukan persefahaman, sikap hormat menghormati dan saling memahami adat dan pegangan agama masing – masing. Walau bagaimanapun, masalah sumbang mahram yang kebanyakannya melanda kaum Melayu memberi kesan yang tidak baik kepada pandangan masyarakat kaum lain. Keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku ini akan menyebabkan masyarakat kita menjadi tidak ada nilai peribadi yang baik. Wawasan negara untuk melahirkan masyarakat penyayang dan individu yang seimbang dari segi emosi, jasmani dan ro hani tidak kesampaian sekiranya anak – anak yang tidak berdosa menjadi bahan cemuhan dan hinaan masyarakat. Hidup berharmoni dan saling hormat menghormati juga tidak dapat diamalkan kerana wujudnya sikap benci membenci di antara satu sama lain kerana masyar akat sering membezakan seseorang dengan seseorang yang lain berdasarkan keturunan dan nama baik keluarga. Hal ini mewujudkan jurang yang luas antara satu individu dengan individu yang lain. Apatah lagi wujudnya anak hasil dari tidak kesahan taraf ini akan mengundang seribu satu persoalan dan tanda tanya masyarakat apabila mereka berhadapan dengan masalah – masalah yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat. Cara – cara Menangani Sumbang Mahram Secara logiknya manusia adalah makhluk yang terbaik kerana merek a dikurniakan akal dan nafsu serta agama untuk mengawal kehidupan mereka melalui peraturan agama. Namun begitu moral manusia ketika ini berada di tahap yang rendah kerana manusia sudah alpa dengan tanggungjawab mereka. i – Laporan daripada mangsa Bagi men angani jenayah keji ini adalah dengan mangsa itu sendiri melaporkan kejadian ini kepada pihak – pihak yang berkenaan. Ini kerana jika kejadian ini dilaporkan maka tindakan dapat diambil ke atas pelaku sumbang mahram dan kejadian itu tidak akan berulang lagi. Ramai mangsa tidak melaporkan kejadian yang berlaku kerana diancam oleh penceroboh (pelaku sumbang mahram). Selain daripada rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol, mereka juga tidak tahu bagaima na dan kepada siapa mereka harus melaporkan kejadian itu.

PAGE – 10 ============
10 Bagi yang membuat keputusan untuk melaporkan, majoriti akan melaporkan kepada emak dan jika mereka tidak lagi percayakan emak, mereka akan pergi kepada orang luar dalam keluarga seperti guru, jira n, ketua kampung dan kawan. Walau bagaimanapun dalam kebanyakan kes, kejadian itu tidak dilaporkan secara serta merta. Dengan cara – cara sebegini dan mungkin banyak lagi, masyarakat dapat menghindari atau sekurang – kurangnya dapat mengurangkan gejala keji da lam komuniti disamping dapat memperkukuhkan pelbagai hukuman dalam bentuk undang – undang atau kesedaran dalam sebuah masyarakat dan keluarga. ii – Memberi pendidikan keibubapaan Selain itu, cara menangani masalah ini juga adalah dengan cara meningkatkan p rogram – program ke arah pendidikan keibubapaan dari semasa ke semasa di semua peringkat. Ini boleh diterapkan melalui program yang direncanakan seperti kursus – kursus tertentu atau melalui penyiaran media massa. Penerapan nilai – nilai agama dan moral tidak s eharusnya disalurkan hanya melalui ceramah agama, khutbah di masjid atau forum agama yang diadakan di seluruh negara tetapi boleh disalurkan melalui papan – papan iklan yang boleh dipasang merata – merata tempat. Peranan ini boleh diambil oleh agensi – agensi ya ng berwibawa dalam hal – hal agama seperti JAKIM, IKIM dan lain – lain.Kempen – kempen ini seharusnya dilakukan secara berterusan bukan mengikut musim sahaja (Nor Shamsinar Baharin, 2001). Kaunseling merupakan satu pendekatan yang mungkin berkesan untuk menanga ni masalah ini kerana ia akan memupuk ketahanan mental keluarga terutama ibu bapa. Membendung sumbang mahram lebih terletak kepada ibu kerana ibulah yang paling hampir dengan anak – anaknya terutama anak perempuan. Ibu berperanan untuk menerangkan kepada ana k tentang pentingnya menjaga tubuh badan terutamanya anggotan sulit. Anak – anak juga perlu diajar untuk membezakan sentuhan kasih dan nafsu. Ibu juga harus sentiasa mengawasi kelakuan anak – anak mereka walaupun sibuk bekerja. Dalam pendidikan agama, ibu bapa haruslah menjelaskan tentang semua batas – batas pergaulan dan aurat antara muhrim dan bukan muhrim bukan hanya kewajipan dari segi ibadah saja. Akibat ketidakjelasan batas – batas hubungan interaksi manusia, maka akan berlakulah pergaulan bebas yang tidak me ngira sama ada seseorang itu mahramnya atau sebaliknya. Di samping itu, ibu bapa juga seharusnya mengurangkan aktiviti atau kerja supaya boleh memperuntukkan masa yang sewajarnya untuk mengawasi anak – anak. Mungkin tidak keterlaluan jika kerajaan mene tapkan dasar agar hanya lelaki sahaja yang bekerja pada waktu malam berbanding kaum wanita. Ini kerana dengan cara tersebut, wanita dapat memberikan tumpuan yang secukupnya kepada anak – anak mahupun keluarga yang dibina. Seorang ibu boleh mengawal pergerak an anak – anak daripada melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada sumbang mahram seperti menonton video lucah, berkongsi tempat tidur berlainan jantina dan seumpamanya. iii – Menguatkuasakan undang – undang Berbagai langkah telah diambil untuk mengel akkan daripada banyak lagi kejadian – kejadian yang menggambarkan keruntuhan akhlak ini daripada berlaku. Keprihatinan kerajaan dalam soal ini begitu serius dengan pindaan seksyen 367 Kanun Keseksaan khusus untuk jenayah sumbang mahram dan perlu diselaraskan hukuman di semua negeri. Kerajaan dilihat tidak akan bertolak ansur sama sekali terhadap orang yang sanggup melakukan jenayah keji ini. Arahan kerajaan ini amat relevan supaya ini dapat menakutkan bakal pesalah yang ingin melakukan kesalahan

PAGE – 11 ============
11 tersebut. Te rdapat juga beberapa teknik lain seperti penggunaan pengembirian ke atas pesalah, memberi kaunseling kepada bekas pesalah dan pendidikan kekeluargaan secara berterusan. (Siti Fatimah Abdul Rahman, 2002) Satu rancangan bersepadu membabitkan perumahan, pend idikan dan kemudahan prasarana penting untuk memastikan gejala sosial ini dapat dibendung. Penderaan seks menjadi akar kepada penyakit sosial yang lain seperti pelacuran, AIDS, homoseksual dan keciciran. Keciciran pula menyebabkan rompakan, pembunuhan dan permusuhan. Rumah berbilik tiga harus disediakan pada harga yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. Langkah – langkah ini juga perlu diambil oleh badan – badan berkanun dan bukan kerajaan dalam proses penyediaan prasarana dan langkah pencegahan jenayah seksual. Kesimpulan Kehidupan manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh memberi kesan yang serius termasuklah sumbang mahram. Ini menunjukkan walaupun manusia ini diciptakan dengan sebaik – baik kejadian oleh Allah S.W.T., terdapat segelintir manusia seringkali terleka dan melakukan kesilapan demi kesilapan. Dalam memenuhi keperluan bersifat naluri, manusia seringkali terlepas dari kawalan sehingga terjebak dengan gejala – gejala yang negatif yang dilarang oleh agama. Sumbang mahram bukan sahaja diharamkan dalam ajaran Islam, tetapi dari segi perundangan negara Malaysia juga turut mengenakan hukuman berat kepada pesalah jenayah ini. Di dapati terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya sumbang mahram dan kebanyakan ad alah berpunca daripada golongan lelaki yang kurang kefahaman dan amalan agamanya yang mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan untuk melakukan perkara – perkara yang mungkar. Perbuatan ini juga meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsa yang menjadi iga uan ngeri sepanjang hayat mereka. Keluarga yang terlibat juga akan berpecah belah dan tiada rasa kasih sayang yang sebenarnya lagi manakala masyarakat akan hidup dalam kebimbangan dan berprasangka buruk terhadap pelaku sumbang mahram dan keluarganya. Be rikutan ini terdapat pelbagai cara yang telah dilakukan untuk menangani kejadian ini dan bertujuan untuk mengelakkan kejadian tidak bermoral dan menyedihkan ini terus berleluasa di dalam masyarakat Islam khususnya. Pihak – pihak yang bertanggungjawab juga p erlu lebih agresif menjalankan kajian – kajian yang berkaitan dengan sumbang mahram untuk disebarkan kepada masyarakat sebagai panduan dan pengajaran.

74 KB – 14 Pages