by ASB Rosman · Cited by 5 — Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui metodologi tafsir yang terdapat dalam tafsir Fi Zilal al-. Quran dan Tafsir al-Azhar dalam mentafsirkan al-Quran
157 KB – 8 Pages
PAGE – 1 ============
PERBANDINGAN METODOLOGI PENAFSIRAN TAFSIR AL – AZHAR DAN FI ZILAL AL – QURAN DALAM SURAH AL – RA DU Arieff Salleh Bin Rosman & Mohd Zikri Bin Samngani Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia A bstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui metodologi tafsir yang terdapat dalam tafsir Fi Zilal al – Quran dan Tafsir al – Azhar dalam mentafsirkan al – Quran serta perbandingannya. Disamping it u, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan dua orang tokoh iaitu Sayyid Qutb dan Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (Hamka) sebagai ulama™ tafsir serta menghuraikan intisari Surah al – Ra™du. Penyelidik telah menggunakan metode dokumentasi dan penyelidikan perpustakaan. Untuk kajian ini, penyelidik mengkaji metodologi yang digunakan bagi setiap penafsir sewaktu menafsirkan Surah al – Ra™du serta perbandingan kedua – duanya mengikut metodologi Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa kedua – dua tafsir ini menggunakan penafsiran bi ma™thur dan bi ra™yi. Walaubagaimanapun penafsiran dalam surah ini wujud perbezaannya dari sudut tema atau gaya dan metode penafsiran dalam menafsiran sesuatu ayat dalam surah ini. Di akhir kajian, beberapa cadangan turut dikemuka kan kepada pihak – pihak tertentu bagi memartabatkan ilmu penafsiran dan tafsir al – Quran. A bstract: The aim of this study is to know the methodologi of Tafsir Fi Zilal al – Quran and Tafsir al – Azhar in interpret the al – Quran and their comparative. Beside that, the purpos e of this study is also introduce two person, al – Syahid Sayyid Qutb and Haji Abdul Malik Bin Abdul Karim Amrullah (Hamka) as ulama in Tafsir and elaborate a kernel of surah al – Ra du. Dokumentation metode and Libary research was used by the researcher. Rese archer will search which methodology are used from interpretor when interpret meaning of Surah al – Ra ™ du and make comparative between two tafsir. Researcher was conclute of this this study which this tafsir have comparative in aspect theme and methodologi i nterpret of ayah in this surah. In the end of this study, a few suggestion were proposed to certain parties to increase and prestige the knowledge and tafsir al – Quran katakunci : Fi Zil al al – Quran, metodologi tafsir , Tafsir al – Azhar Pengenalan Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa majoritinya umat Islam kurang berkemampuan untuk memahami makna al – Quran sepenuhnya, khususnya yang bukan berbangsa Arab. Ini disebabkan beberapa kekangan di antaranya tidak memahami Bahasa Arab itu s endiri kecuali apabila disampaikan kepada mereka al – Quran itu berserta terjemahan makna dan tafsirnya di dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa penafsiran serta penterjemahan al – Quran merupakan jalan alternatif untuk umat Islam mema hami agama Islam disamping menyebarluaskan dakwah Islamiyyah ke seluruh dunia samada di kalangan umat Islam sendiri mahupun di kalangan bukan Islam. Penyataan Masalah Kajian ilmiah ini cuba menengahkan perbandingan mengenai metode penafsiran yang digunakan dua orang tokoh penafsir yang terkenal yang berbeza latar latarbelakang dan suasana. Hamka dikenali seorang penafsir al – Quran yang terkenal di Indonesia menerusi kitab tafsirnya Tafsir al – Azhar. Beliau dikenali sebagai penafsir al – Quran alam Melayu yang ma na penafsirannya hampir dengan kefahaman bagi masyarakat rumpun Melayu itu sendiri seperti Indonesia dan termasuklah Malaysia. Manakala Sayyid Qutb pula merupakan penafsir yang hebat dari sudut pemikirannya yang bersifat haraki, lebih – lebih lagi brought to you by COREView metadata, citation and similar papers at core.ac.ukprovided by Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository
PAGE – 2 ============
beliau hid up pada era Revolusi Mesir. Pada awal abad ke – 20 Perkembangan ilmu tafsir di Malaysia mengalami perubahan yang besar ekoran tersebar luas idea pembaharuan yang dicetuskan oleh tokoh – tokoh mujaddid Islam di Mesir ke Nusantara. Dari sudut metode penafsiranny a yang bersifat luas dan mendalam adalah berbeza berbanding penafsiran dikalangan ulama rumpun Melayu ketika itu (Mustaffa Abdullah 2003: 110). Dalam Kajian ini penulis akan mengenalpasti metodologi penafsiran yang digunakan oleh kedua – dua penafsir ini serta perbandingannya khusus terhadap Surah al – Ra du. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji perbandingan tafsir al – Quran antara Sayyid Qutb dengan Hamka terhadap surah An – Ra du. Kajian ini juga akan menilai kedua – dua penafsir bagaimana mereka menafsirkan Al – Quran sehingga kedua – dua tafsir tersebut menjadi sumber rujukan kepada umat Islam sehingga ke hari ini. Antara objektif utama kajian ini ialah: 1. Mengenalpasti metode utama dalam penafsiran Tafsir Fi Zilal al – Quran dan Tafsir al – Azhar dalam Surah al – Ra du. 2. Melakukan perbandingan metode penafsiran antara Tafsir Fi Zilal al – Quran dengan Tafsir al – Azhar dalam Surah al – Ra du. Kepentingan kajian Kajian ini dilakukan berdasarkan kepent ingannya untuk mengetahui dan menyelidiki metode penafsiran al – Quran yang digunakan oleh ulama penafsir yang terdahulu khususnya metode yang digunakan oleh Sayyid Qutb dan Hamka dalam menafsirkan al – Quran khususnya Surah al – Ra du. Kesukaran untuk memahami ayatayat al – Quran yang diturunkan tidak dapat tidak untuk kita sebagai umat Islam untuk memerlukan kepada penafsiran al – Quran mengikut kaedah – kaedah yang telah ditetapkan oleh ulama terdahulu. Sebagai umat Islam yang berilmu, kita perlu meneliti kitab – kita b tafsir yang akan digunakan bertepatan dengan manhaj penafsiran bagi mengelakkan penyelewengan mahupun penafsiran bebas (libral) terhadap al – Quran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penyelidik seboleh mungkin ingin menjelaskan kepada masyarakat umum bahawa masyarakat pada hari ini lebih banyak bertaqlid dalam soal agama dan menerima maklumat yang diperolehi samada dari sumber rasmi seperti surat khabar dan majalah – majalah hatta dalam internet yang diragui kesahihannya. Kajian ini juga a mat penting dalam usaha penyelidik untuk menyingkap keistimewaan yang terkandung dalam Surah al – Ra du. Di samping itu penyelidik dapat memahami metode – metode yang digunakan oleh Sayyid Qutb dan Hamka iaitu setiap penghuraian yang dilakukan oleh beliau tera sa seakan – akan kita berada dalam kesatuan hati yang sama. Kefahaman tentang konsep penafsiran al – Quran sangat perlu pada hari ini memandangkan ramai masyarakat Islam pada hari ini tidak memahami ayat al – Quran dengan betul. Ketidakfahaman ini boleh membawa kepada salah faham terhadap ajaran agama seterusnya akan menjadi pegangan mereka serta membawa kepada penentangan terhadap al – Quran itu sendiri secara tidak langsung. Lebih – lebih lagi pengkajian terhadap al – Qu ran ini kurang mendapat perhatian dan dipandang sepi terutamanya golongan muda yang merupakan generasi penerus perjuangan dalam menegakkan syiar Islam akan datang. Justeru, kajian ini cukup penting dan sangat relevan untuk diterokai dan dihayati natijahnya bagi memahami isi kandungan al – Quran yang menjadi panduan dan petunjuk umat Islam agar tidak terpesong dari landasan sebenar serta meningkatkan keimanan menerusi hikmah kemukjizatan al – Quran. Di samping itu, kajian ini mengenalpasti metodologi yang diguna kan oleh penafsir bagi menafsir Surah Al – Ra du. Kajian ini seterusnya akan menerangkan tentang faktor perbezaan bagi setiap pembawakan penafsir menerusi tafsir masing – masing walaupun keduaduanya mempunyai pesamaan iaitu pernah dihasilkan
PAGE – 3 ============
dipenjara. Sehingg akan kedua – dua karya tersebut telah dijadikan salah satu rujukan kepada umat Islam dalam memahami isi kandungan Al – Quran. Kajian ini juga membantu penyelidik untuk mengetahui latarbelakang penafsir secara mendalam yang mana penafsir juga terkenal dalam sej arah gerakan pembaharuan setempat. Contohnya Sayyid Qutb merupakan pejuang Islam di Mesir yang terkenal dengan penghasilan penulisan. Manakala Hamka terkenal dengan ulama kontemporeri di Indonesia. Seterusnya, penyelidik berharap kajian ini dapat memberi ma klumat kepada pembaca tentang kepentingan penggunaan tafsir al – Quran dalam memahami isi kandungan al – Quran, disamping mengetahui perbezaan dan persamaan antara tafsir al – Quran iaitu Tafsir Fi Zilal Al – Quran dengan Tafsir al – Azhar dan juga penafsir iaitu S ayyid Qutb dengan Hamka. Metodologi Metode Penentuan Subjek Metode penentuan subjek ini bertujuan untuk menentukan halatuju sesebuah kajian yang dilakukan. Di dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan metode sampling dalam penentuan subjek penelitian. Menurut Wan Hashim et al. di dalam kajian Farahwahida Mohd Yusof,( (Farahwahida Mohd Yusof (2005):16) ia bermaksud seseorang penyelidik cuba memilih satu kumpulan individu yang kecil bilangannya dan individu yang dipilih pula hendaklah mewakili keseluruhan penduduk yang lebih besar bilangannya. Di dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan metod sampling dengan menjadikan Surah al – Ra du sebagai subjek kajian. Ia sebagai sample kepada 113 surah – surah lain yang terdapat di dalam al – Quran. Metode Pengu mpulan Data Metode Pengumpulan Data ini adalah satu usaha untuk mengumpul semua maklumat atau sumber – sumber rujukan bagi kajian. Dalam usaha mengumpulkan bahan bagi penyusunan kajian ini, penyelidik telah menggunakan beberapa metode untuk mendapatkan bahan yang diperlukan. Sumber – sumber bahan umumnya merupakan sumber pertama di samping menggunakan juga bahan dari sumber kedua. Penyelidik berusaha mengumpul dan mendapatkan bahan seterusnya membuat penelitian ke atas bahan – bahan yang dikumpul. Untuk mendapatka n bahanbahan yang releven dengan tajuk kajian, beberapa metode lain telah digunakan seperti Metode Dokumentasi, Metode Sejarah (Historis) dan Metode Penyelidikan Perpustakaan. 1 Metode Dokumentasi Abdul Halim bin Mat Diah menyatakan bahawa Metode Dokume ntasi merupakan satu cara pengumpulan data dengan melakukan penyelidikan terhadap dokumen – dokumen yang ada hubung kaitnya dengan masalah yang dikaji( Abdul Halim bin Mat Diah (1987): 115). Menurut Koentjaraningrat di dalam kajian Farahwahida Mohd Yusof, di antara yang dikategorikan sebagai dokumen ialah gambar, autobiografi, surat – surat peribadi, buku catatan harian dan juga akhbar(Farahwahida Mohd Yusof (2005): 24) Melalui metode inilah, penyelidik telah mengumpulkan bahan yang kebanyakannya dalam bentuk p enulisan dari buku – buku dan kajian – kajian ilmiah yang lalu. 2 Metode Sejarah (Historis) Sidi Gazalba menyatakan di dalam kajian Farahwahida Mohd Yusof, metode ini merupakan cara membuat penyelidikan terhadap perkara – perkara yang mengandungi perspektif sejarah (Farahwahida Mohd Yusof (2005): 21) . Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu peristiwa, sejarah
PAGE – 4 ============
perkembangan serta pengalaman yang telah berlaku. Metode ini digunakan dalam mengenal pasti sejarah latar belakang diri mufassir dan sejarah perkembangan ilmu tafsir di dalam Bab 2. Metode Penyelidikan Perpustakaan Metode ini adalah pelengkap dalam usaha penyelidik mengumpulkan data – data yang diperlukan. Penyelidik telah membuat rujukan di beberapa perputakaan di antaranya ialah Perpustakaan Sultanah Zanariah di Universiti Teknologi Malaysia, Perpustakaan Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya dan Perpustakaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Keputusan Analisis perbandingan ayat 1: Pada kedua – dua penafsiran ay at 1 ini, terdapat perbezaannya dari sudut tema perbincangan. Tafsir al – Azhar membincangkan tentang kesempurnaan dalam beragam perlukan pada wahyu dan tauladan dari Rasulullah. Manakala Tafsir Fi Zilal al – Quran pula membincangkan tentang wahyu itu sebagai keperluan hidup manusia kerana dengan penolakkan wahyu seseorang akan dianggap tidak beriman. Adapun dari sudut metodologi penafsiran juga terdapat perbezaan antara kedua – dua buah tafsir. Tafsir al – Azhar menggunakan penafsiran bi ma ™ thur iaitu penafsiran ay at al – Quran dengan pendapat Sahabat daripada riwayat Ibnu Abbas dalam menerangkan pangkal ayat pertama. Manakala Sayyid Qutb menafsirkan ayat ini keseluruhannya bi ra ™ yi Analisis perbandingan ayat 2 : Terdapat persamaan antara kedua tafsir dalam penafsiran ayat 2 dari sudut temanya iaitu kesaksian atas kebesaran ciptaan – Nya kepada manusia. Selain itu penafsiran dalam kedua – dua penafsir ini adalah bi ra™yi yang mana penafsirannya berdasarkan pengalaman dan pandangan dalam akidah Islam. Analisis perbandingan ayat 3 : Terdapat persamaan tema dalam penafsiran ayat ini dalam kedua – dua buah tafsir iaitu kebesaran Allah SWT yang terdapat di bumi untuk orang yang berakal, walaupun wujud perbezaan dari sudut gaya penafsiran yang mana dilihat Sayyi Qutb menafsirkan secara per bandingan antara langit dan bumi, gunung dan sungai, serta menyatakan dua tanda utama kebesaran Tuhan di muka bumi iaitu tumbuh – tumbuhan dan kejadian siang dan malam. Manakala Hamka menafsirkan ayat ini secara kronologi bagi setiap tanda kebesana Tuhan dari peranan gunung – ganang sehingga pendebungaan tumbuh – tumbuhan. Dari penafsiran ini kedua – dua penafsir menggunakan penafsiran bi ra ™ yi yang bersifat sains dan pengalaman persekitaran. Analisi perbandingan ayat 4 : Pada p enafsiran diatas, terdapat persamaan dari sudut tema yang diutarakan iaitu kebesaran Allah SWT yang terdapat di bumi untuk orang yang berfikir. Manakala dari sudut metodologi penafsiran adalah sama iaitu setiap penafsir menafsirkan ayat ini bi ra ™ yi dengan menerangkannya secara pengalaman persekitaran. Sayyid Qutb juga turut membandingkan pasangan kandungan ayat ini iaitu pohon kurma bercabang dengan tidak bercabang, pasangan yang wujud pada aneka rasa buah yang lain dengan pasangan yang wujud pada tanaman (sayuran dan bungaan), pokok kurma dan anggur. Manakala gaya penafsiran Hamka pula menggambarkan beliau mengaitkan tanda kebesaran Tuhan dengan situasi yang terdapat di persekitaran Indonesia seperti sawah padi dan buah – buahan di Indonesia.
PAGE – 5 ============
Analisis perband ingan ayat 5 : Kedua – dua buah tafsir ini telah membicarakan tema yang sama iaitu ketidakpercayaan orang – orang musyrik akan hari kebangkitan adalah kerana belenggu kekufuran mereka sendiri iaitu ketauhidan kepada Allah. Persamaan penafsiran ini adalah kerana penyat aan yang jelas yang terdapat pada ayat ini tentang perihal orang – orang musyrik itu dianggap pelik kerana tida percayakan hari akhirat. Oleh itu metode penafsiran pada ayat ini juga sama iaitu bi ra ™ yi iaitu penafsiran yang berdasarkan kefahaman ayat. Analis is perbandingan ayat 6 : Kedua – dua buah tafsir ini telah membicarakan tema yang sama iaitu Allah bersifat Pengampun bagi hamba – Nya yang mahu bertaubat walaupun asalnya mereka kufur dan lalai. Persamaan penafsiran ini adalah kerana penyataan yang jelas yang terdapa t pada ayat ini tentang perihal orang – orang musyrik yang mencabar Rasulullah supaya mengazab keatas mereka, juga akan diampunkan oleh Allah sekiranya meraka mahu bertaubat selagi mana dibuka pintu taubat. Oleh itu metode penafsiran pada ayat ini juga sama iaitu bi ra ™ yi iaitu penafsiran yang berdasarkan kefahaman pada ayat 6. Analisis perbandingan ayat 7 : Wujud perbezaan tema yang diutarakan dalam kedua – dua buah tafsir mengenai ayat 7 ini. Sayyid Qutb menghuraikan ayat 7 sebagai m ukjizat dan hidayah itu datang dari Allah, tugas rasul adalah hanyalah pemberi peringatan. Hamka pula menghuraikan ayat 7 ini tentang sikap sesetengah orang musyrik yang meminta mukjizat diturunkan adalah untuk menentang bukan untuk dipercayai atau diinsaf i. Metode penafsiran yang yang digunakan bagi menghurai ayat ini adalah bi ra ™ yi iaitu menghurai berdasarkan kefahaman ayat. Analisis perbandingan ayat 8 : Terdapat perbezaan yang jelas dalam penafsiran ayat 8 dalam kedua – dua buah tafsir. Pertama dari sudut tema ya ng mana Hamka menerangkan ayat ini sebagai pengetahuan Allah tentang keadaan janin dalam rahim. Sayyid Qutb pula menganggap ia sebagai keindahan dan keunikan ilmu Allah terhadap kandungan rahim. Perbezaan tema ini juga membawa perbezaan pada gaya penafsira n masingmasing ia itu Sayyid Qutb lebih membicarakan keunikan perkara bertambah dan berkurang dalam rahim dengan kaitannya pada ayat sebelum ini iaitu tentang penciptaan semula selepas kematian dan perpasangan yang lumrah. Analisis perbandingan ayat 9 dan 10 : Pada ayat 9 dan 10 ini, terdapat perbezaan gaya penafsiran pada kedua – dua tafsir ini yang mana Hamka telah menafsirkannya secara hakikat kekuasaan yang mana setiap makhluk tidak dapat lari daripada pengetahuan Allah sama ada berbisik, dalam hati, pada waktu siang da n malam. Manakala Sayyid Qutb pula lebih menafsirkan ayat ini secara makna perkataan ( PWXnS ), ( V.]aS ) dan ( V. ) yang membawa maksud yang khusus kepada pengertian ayat ini. Walaubagaimanapun tema pada kedua – dua tafsir ini adalah sama iaitu mem bincangkan tentang sifat ihsan dari kekuasaan Tuhan, dan metode penafsirannya bi ra ™ yi. Perbincangan Sepertimana yang telah ditetapkan dalam persoalan kajian, perbincangan ini merangkumi pada dua aspek penting dalam kajian ini iaitu metodologi serta perband ingannya yang terdapat dalam Surah al – Ra du yang mengandungi 43 ayat pada dua kitab tafsir iaitu Tafsir al – Azhar dan Tafsir Fi Zilal al – Quran.
PAGE – 6 ============
Berdasarkan analisis yang telah dijalankan pada kedua – dua buah tafsir, perbincangan kajian ini adalah seperti berikut: 1. Metodologi Tafsir al – Azhar Berdasarkan analisis yang diperolehi, terdapat dua metodologi penafsiran yang digunakan oleh Hamka dalam Surah al – Ra du iaitu metode penafsiran bi ra ™ yi dan bi ma ™ thur. Metode penafsiran bi ma ™ thur dalam surah ini merangkumi penafsiran ayat pada surah ini dengan ayat al – Quran pada surah lain, Hadis Rasulullah SAW dan pendapat Sahabat R. Terdapat 5 ayat yang ditafsirkan dengan penafsiran ayat al – Quran dengan ayat al – Quran lain iaitu pada ayat 20, 22, 28, 2 9 dan 43. Penafsiran ayat al – Quran dengan Hadis Rasulullah SAW pula dikenalpasti pada ayat 8, 11 dan 25. Manakala penafsiran ayat al – Quran dengan penadapat RA pula dikenalpasti pada ayat 1, 14, 23 dan 31 pada surah ini. Adapun penafsiran ayat selain daripa da yang ditafsirkan secara bi ma ™ thur ini adalah ditafsirkan secara bi ra ™ yi. Walaubagaimanapun terdapat 5 ayat yang ditafsirkan dengan ditafsirkan secara bi ma ™ thur dan bi ra ™ yi pada ayat yang sama iaitu ayat 8, 11, 14, 22 dan 31. Hal ini kerana terdapat perbezaan topik atau tema pada pangkal dan hujung ayat dan menjadikan penafsir menggunakan metode penafsiran yang berbeza. 2. Metodologi Tafsir Fi Zilal al – Quran Manakala pada Tafsir Fi Zilal al – Quran pula, terdapat dua penafsiran yang digunakan dalam mena fsirkan surah ini iaitu penafsiran bi ma ™ thur dan bi ra ™ yi. Bagi penafsiran bi ma ™ thur, terdapat 3 ayat yang ditafsirkan pada metode ini iaitu ayat 33, 40 dan 43, dan ketiga – tiga ayat ini ditafsirkan secara penafsiran bi ma ™ thur ayat al – Quran dengan ayat a l – Quran lain. Manakala penafsiran ma ™ thur ayat al – Quran dengan Hadis Rasulullah SAW dan pendapat Sahabat RA, tidak terdapat dalam penafsiran Surah al – Ra du ini. Adapun penafsiran ayat selain daripada yang ditafsirkan secara bi ma ™ thur ini adalah ditafsirk an secara bi ra ™ yi. Manakala pada perbincangan kedua ialah dari sudut mengenal pasti metode penafsiran tafsir bi al – ma ™ thur dan tafsir bi al – ra ™ yi yang terdapat pada Tafsir Fi Zilal al – Quran dan Tafsir al – Azhar dalam Surah al – Ra ™ du . Dalam analisis yang lalu penyelidik mengenal pasti ayat – ayat yang ditafsirkan melalui kedua – dua metode ini dalam kedua – dua buah tafsir. Selepas mengenal pasti metode yang digunakan, penyelidik mendapati bahawa Sayyid Qutb tidak menggunakan penafsiran bi ma ™ thur dalam penafsiran ayat al – Quran dengan hadis Rasulullah dan athar iaitu pendapat sahabat mahupun tabi ™ in. Seterusnya penyelidik membuat perbandingan antara Tafsir Fi Zilal al – Quran dan Tafsir al – Azhar berdasarkan metode yang digunakan. Penyelidik men dapati bahawa penafsir menggunakan pendekatan tersendiri dalam menafsirkan sesuatu ayat dalam Surah al – Ra ™ du yang wujud perbezaan dari sudut tema dan metode semasa penyelidik membandingkan sesuatu ayat. 3. Perbandingan metodologi penafsiran Berdasarkan ana lisis yang jalankan terdapat persamaan metodologi penafsiran antara Tafsir al – Azhar dan Tafsir Fi Zilal al – Quran iaitu menggunakan penafsiran secara bi ma ™ thur dan bi ra ™ yi dalam menafsirkan Surah al – Ra du ini. Walaubagaimanapun kedua – dua tafsir ini berbez a dalam penggunaan pernafsiran bi ma ™ thur kerana penafsiran ayat al – Quran dengan Hadis Rasulullah SAW dan pendapat sahabat RA tidak diperolehi dalam Tafsir Fi Zilal al – Quran pada surah ini. Perbezaan dan persamaan penafsiran kedua – dua tafsir ini juga diken alpasti pada tema dan gaya penafsiran yang diutarakan oleh penafsir pada sesuatu ayat untuk memberi kefahaman dan pembawakan masing – masing. Rumusan Secara keseluruhannya, kajian perbandingan metode penafsiran yang terdapat dalam Tafsir Fi Zilal al – Quran dan Tafsir al – Azhar terhadap Surah al – Ra du ini secara umumnya adalah untuk mengaitkan gaya penafsiran pada setiap penafsir dengan faktor latarbelakang penafsir itu sendiri. Sepertimana Sayyid Qutb
PAGE – 8 ============
Nurhasma Muhamad Saad (2007). Kesan al – Addad dalam Tafsir al – Quran dalam Peningkatan Ku aliti Penyelidikan Pengajian Islam. Zamri Arifin, Ezad Azraai Jamsari, Siti Rogayah Tibek & Anuar Puteh (eds) Bangi, Selangor : Fakulti Pengajian Islam, UKM S. Badrul Hassan (1986). Terjemahan: Azmi Mohd Ali. Biografi Asy – Syahid Syed Qutb Rahimahullah. Sha h Alam, Selangor : Penerbitan Hizbi Hamka (1982). Tafsir al – Azhar. Singapura: Pustaka Nasional pte ltd Yusoff Zaky Haji Yacob (2000). Terjemahan Tafsir Fi Zilalil Qur ™ an Di Bawah Fadhlan bin Mohd Othman (2005). Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Usul at – Tafsi r. Johor Bharu: Perniagaan Jahabersa. Rozali Adam (1985). al – Quran Di antara Tafsir dan Israilliyat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mazlan Ibrahim (2002) Sejarah dan Perkembangan Ulama Tafsir Mengenai tafsir Ilmiy. Shah Alam: Karisma Publication S dn. Bhd. Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash – Shiddieqy (1980) Sejarah dan Pengantar Ilmu al – Quran/Tafsir. Jakarta: Bulan Bintang. Asmawi Haji Ehsan (2004). Ulum al – Quran. Cet. Ke 2. Kuala Lumpur: Pustaka Abdul Halim bin Mat Diah (1987). Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
157 KB – 8 Pages